Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Geram Saya Dibuatnya..." Dr. Vida Luah Rasa Terkilan Pihak Tak Bertanggungjawab Guna Namanya Cipta Akaun Palsu

19 Jul 2017

Penyanyi lagu I Am Me, Dr. Vida meluahkan rasa kesal dan terkilan dengan tindakan pihak tidak bertanggung jawab yang menggunakan akaun palsu dengan namanya dan memalukannya di laman media sosial termasuk akaun twitter @DatoSeriVida.

Akaun palsu itu memuat naik satu status palsu yang menulis:

‘Tadi ada doktor ucap thanks kat saya, sebab tadi lagu saya keluar kat radio tetiba pesakit yang dah koma empat tahun ni bangun dan tutup radio tersebut’ dan status terbabit menjadi tular di media sosial.

Vida berkata, kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku malah beliau turut mengesan sebanyak 30 akaun palsu di laman sosial yang menyamar sebagai dirinya.

"Geram saya dibuatnya, tak tahu dah nak cakap macam mana... saya hanya melihat perkara ini secara positif," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Lagu I Am Me nyanyian Dr Vida menjadi tular di media sosial selepas berjaya menarik minat orang ramai.

Dr. Vida sebelum ini pernah membuat laporan polis berhubung akaun palsu termasuk pada April tahun lalu  apabila mengesan kewujudan satu akaun Facebook menyamar sebagai beliau dan memperdaya pengikut di laman sosial itu.

Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G Aman dan terpercaya
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. admin, dato' vida ke... dr. vida?

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "