Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) "Taufiq Bukan Cuba Selamatkan Motor," Bapa Sangkal Tuduhan Dan Cerita Apa Sebenarnya Terjadi Kepada Anaknya

19 Jun 2017
4 ulasan

Sejak semalam menjadi tular di laman sosial sebauh video yang menunjukkan seorang lelaki dihanyutkan arus deras banjir berhampiran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua Jalan Hulu Langat.

Mangsa yang dikenali sebagai Taufik Alias, 24 yang dikhuatiri lemas sehingga kini masih belum berjaya dijumpai oleh pihak bomba yang menjalankan operasi menyelamat.

Video berkenaan bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di mana ada yang menuduh lelaki berkeaan cuba menyelamatkan motonya yang dibawa arus deras.

Semalam, bapa mangsa, Alias Sagi, telah tampil menyangkal tuduhan segelintir netizen berkenaan, menurut beliau dia telah mendapat cerita sebenar dari seorang lelaki yang ada di dalam video yang cuba menyelamatkan Taufik.

"Seorang lelaki bernama Wan yang cuba selamatkan anak saya itu beritahu, sebenarnya dia bukan cuba selamatkan motor, dia cuba lepaskan diri dia dari moto yang hanyut itu, dia memang cuba lepaskan diri dia, tapi mungkin seluar tersangkut."

"Jika kita lihat dari atas(video) seolah-olah dia sayangkan motor, sebenarnya dia cuba nak lepaskan dirinya, lelaki yang cuba selamatkan dia itu hanya sekaki lagi nak capai," jelasnya beliau.

Kredit Video: Youtube Berita Nasional RTM

Menurut abang mangsa, Mustakim Alias menyatakan yang adiknya itu bukan cukup sifat seperti orang lain, dia adalah Orang Kelainan Upaya (OKU) selepas terlibat dalam satu kemalangan jalanraya tujuh tahun lalu.

Kemalangan berkenaan telah membuatkan Taufiq mengalami kekurangan dari segi keupayaan mental dan fizikalnya.



Beliau memohon kepada semua agar menghormati keluarga  dengan memberhentikan spekulasi yang tidak berasas kerana ketika ini semua ahli keluarga sedang bersedih.

Pihak keluarga mangsa pada malam tadi telah mengadakan majlis bacaan Yasin dan solat hajat dengan harapan Taufiq dilindungi dan ditemui dalam keadaan selamat.

Pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Selangor sudah mengerakkan tiga unit bot penyelamat ke kawasan yang masih ditenggelami air di Hulu Langat untuk operasi mencari yang disambung pagi ini.  - Siakapkeli.my

Sumber: RTM 1, Fitri, Mustakim Alias

KEMASKINI

*Motosikal milik mangsa telah ditemui - Sumber





Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F4NS B3TT1N9 :)
    pin bbm 5-E-E--8-0-A-F-E

    BalasPadam
  2. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D*E*W*A*P*K
    hanya dengan minimal deposit 10.000, dapat uang jutaan rupiah...
    segera daftar ya, ditunggu lohhh...^^

    BalasPadam
  4. ayo dicoba keberuntungannya bersama dengan kami di fanspoker^^
    dapatkan juga bonus rollingan dan refferalnya :* :*

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "