Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Susulan Video Viral Kononnya Beras Tiruan, Berikut Adalah Maklum Balas Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

19 Jun 2017
3 ulasan


Sebelum ini viral di lama sosial individu medakwa beras keluaran sebuah syarikat adalah tiruan yang mana cara eksperimennya hanya menggumpal nasi tersebut dan gumpalan itu melantun apabila dibaling.

Susulan daripada itu, berikut telah mendapat kenyataan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Laporan telah dimuatnaikkan oleh laman Facebook Kawalselia Padi Dan Beras.

MAKLUM BALAS KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MENGENAI ADUAN BERAS PLASTIK DI DALAM KAMPIT BERAS JENAMA RAMBUTAN SUPER SPECIAL TEMPATAN 5%

Merujuk kepada beberapa klip video yang telah viral di media-media sosial berkaitan dakwaan kandungan beras plastik dalam kampit beras Jenama Rambutan SST5%, Cawangan Kawalselia Padi dan Beras(KPB), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menjalankan pemeriksaan di kilang pemprosesan dan pembungkusan beras jenama tersebut pada 18 Jun 2017 di Mergong, Alor Setar, Kedah. Pemeriksaan dijalankan termasuk mengenalpasti punca utama beras dan meneliti keseluruhan proses pembungkusan beras tersebut. 

Hasil pemeriksaan dan siasatan mendapati syarikat tersebut memperolehi bekalan beras dari sumber sah iaitu dari petani dan pengilang tempatan. Pemeriksaan juga mendapati tidak terdapat kelengkapan mesin untuk menghasilkan beras plastik di premis tersebut. Beberapa siri ujian juga telah dijalankan seperti ujian ketahanan beras, ujian iodin bagi menguji kandungan kanji serta ujian bakar dan masak. Berdasarkan keputusan awal, tiada bendasing plastik dijumpai dalam beras tersebut.

Seterusnya, sampel beras juga telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi analisis lanjut. Siasatan dan pemeriksaan yang sama akan dijalankan ke atas kilang pengeluar beras tersebut di negeri lain.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara ini boleh menghubungi pejabat Kawalselia Padi dan Beras di setiap negeri, bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan sebaiknya serta dapat mengelakkan kekeliruan di kalangan pengguna beras dalam negara.

Cawangan Kawalselia Padi dan Beras,
Bahagian Industri Padi dan Beras,
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia 
18 Jun 2017

Menurut individu lain, membalas dakwaan itu, juga membuat eksperimen dengan menggunakan beras jenama lain, hal yang sama tetap berlaku. Ini menunjukkan gumpalan itu melantun diatas sifat nasi itu sendiri yang mengandungi kanji. — Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F4NS B3TT1N9 :)
    pin bbm 5-E-E--8-0-A-F-E

    BalasPadam

  2. butuh dana cuma bermodal 15.000 mari gabung di poker terpercaya hanya di ion_QQ,pin BB 58ab14f5.

    BalasPadam
  3. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D*E*W*A*P*K
    hanya dengan minimal deposit 10.000, dapat uang jutaan rupiah...
    segera daftar ya, ditunggu lohhh...^^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "