Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Padah Hina Pelancong Tak Faham Bahasa Malaysia Dengan Perkataan Kesat, Nama Pemandu GrabCar Ini Disenarai Hitam

16 Jun 2017
8 ulasan

Sejak beberapa hari lalu menjadi tular di media sosial sebuah video yang menunjukkan tindakan seorang lelaki yang merupakan seorang pemandu Grab Car telah menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat yang tidak sepatutnya kepada dua orang pelancong warga China.

Berdasarkan video yang berdurasi 1 minit 6 saat itu, pemandu Grab berkenaan tanpa rasa bersalah mengutuk dua orang penumpang dari China yang tidak faham bahasa Malaysia dengan perkataan 'bodoh', 'lahan*t', 'musibat' dan pelbagai lagi bahasa tidak sepatutnya.

Tindakannya itu telah menimbulkan kemarahan netizen yang mahu lelaki ini dikenakan tindakan kerana sikap kurang ajarnya itu.


Berdasarkan rakaman video juga dia dikatakan menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi kerana kedua-dua pelancong China ini tidak tahu berbahasa Inggeris atau bahasa Malaysia.

Kerana tindakannya yang dilihat keterlaluan itu, pihak GrabCar telah bertindak serta merta dengan menamatkan khidmat lelaki ini dan namanya juga turut disenaraihitam.

Ketua Grab Malaysia, Sean Goh berkata , Grab Car komited dalam memastikan keselamatan penumpang selain menawarkan perkhidmatan yang murah dan mudah.

“Sejak video itu tular, kami mengenal pasti pemandu terbabit dan menyingkirkan dia daripada senarai pemandu serta-merta.

“Sebagai syarikat perkhidmatan pengangkutan dengan rangkaian yang terbesar di Malaysia, kami amat menitikberatkan keselamatan dan keselesaan penumpang,” katanya dipetik tulisan Harian Metro.

Menurut beliau lagi, pihak GrabCar tidak akan bertolak ansur dengan sebarang kegiatan jenayah dan salah laku yang serius oleh pemandu Grab Car.

“Kami tidak akan bertolak ansur dengan sebarang salah laku pemandu yang bukan sahaja membahayakan penumpang tetapi pada masa yang sama mencemarkan reputasi pemandu lain,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 8 ulasan )
  1. BAGI YANG INGIN MERUBAH NASIB
    ATAU MENJADIKAN HIDUP LEBIH BERMAKNA
    BURUAN GABUNG DI #DEWA-LOTTO

    BalasPadam
  2. BAGI YANG INGIN MERUBAH NASIB
    ATAU MENJADIKAN HIDUP LEBIH BERMAKNA
    BURUAN GABUNG DI #DEWA-LOTTO

    BalasPadam
  3. yuk coba keberuntungan mu di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Kontak bbm 5-E-E-8-0-A-F-E, banyak permainan dan game seru loh disini :)

    BalasPadam

  4. Silahkan bermain bersama kami di ARENADOMINO dengan permainan baru kami SAKONG silahkan langsung daftar dan bermain bersama kami disini ya ditunggu..

    BalasPadam
  5. mari segera bergabung bersama kami di agen updatebetting...
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya
    ditunggu yahhh kehadiran anda

    BalasPadam
  6. ayo bergabung dengan kami di dewapk^^ diadd ya pin bb kami D87604A1

    BalasPadam

  7. salam kenal ya,mari bermain bersama kami di ION QQ
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    pin BB 58ab14f5.

    BalasPadam

  8. dewalotto.com banyak permainan yang seru lho..
    silahkan di coba ya..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "