Foto: starn.44jemoreng
Begitu juga dengan hari raya aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi, pastinya akan mempunyai perbezaan, khususnya dari segi juadah, lebih-lebih lagi di semenanjung Malaysia yang berbeza negeri.
Tapi, tidak di lupa juga buat mereka yang berada di Sabah, juga Sarawak, yang mana jika dilihat, mereka turut mempunyai pelbagai etnik, secara tidak langsung ada kelainan sambutan hari raya.
Ini serba-sedikit akan keunikan sambutan hari raya di Sarawak.
10 Perkara Menarik Tentang Berhari Raya Di Sarawak
Tak lama sahaja lagi jika diizin Allah maka dapatlah kita menyambut hari raya puasa atau aidil fitri. Sebagai orang Malaya yang tinggal di bumi kenyalang ini saya telah melalui suasana hari raya di Sarawak hampir belasan kali.
Maka saya sudah tahu adat dan kelaziman tatkala hari raya disambut oleh masyarakat Islam di sini. Bagi sahabat saya yang berada di semenanjung saya ingin kongsikan sedikit apa yang LAZIM semasa menyambut Aidil Fitri di Sarawak.
Manakala bagi yang pernah menetap di Sarawak semoga akan tergamit memori anda saat berhari raya di Sarawak.
1. Kelupis
Jika di Semenanjung, ketupat lemang menjadi hidangan ruji saat hariraya. Di Sarawak kami sering menyediakan Kelupis sebagai juadah. Rasanya seakan ketupat pulut cuma ia lebih lembut dan berkanji serta lebih manis rasanya.
Selalu dimakan dengan rendang, kari dan sekaya telur. Hidangan ini memang hidangan asal masyarakat borneo kerana selain orang Melayu, orang iban turut memasak kelupis dan ketupat semasa hari gawai.
Foto: mstar
2. Lemang Periuk keraBiasanya mudah didapati dikalangan masyarakat Islam Bidayuh. Lemang yang dimasak dengan pulut merah mempunyai citarasa yang tersendiri. Boleh cuba walaupun bukan masa perayaan kerana periuk kera banyak dijual di Sungai Duyuh Serikin.
3. Kek Lapis dan Kek Hati Parek
Hariraya semestinya perlukan warna warna. Di Sarawak warna warni hariraya ialah pada kek lapisnya. Sepenuh penuh meja akan tersusun indah kek lapis pelbagai rasa dan warna. Pada saya KEK LAPIS SARAWAK adalah resepi dinamik. Sentiasa wujud ciptaan kek lapis baru.
Malah dalam banyak-banyak makanan di dunia, saya kira KEK LAPIS SARAWAK PALING BANYAK NAMA. kek masam manis sudah menjadi kek yang sedap, anda boleh temui kek idola cheese, kek cadbury malah kek neelofa pun ada.
Kek Hati parek pula merupakan kek taraf klasik. Kek ini adalah kek tradisi yang berwarna coklat kehitaman ternyata amat sedap dan menjadi RATU KEK di meja hidangan.
4. Air Soda lemoned dan Sundrop
Kedua air ini amat mudah ditemui saat perayaan hari raya. Air soda atau lemenet didalam botol hitam ini biasanya dikilangkan di Sibu dan Kuching menjadi pilihan orang Melayu yang ingin mengimbau suasana klasik dan malar hijau (evergreen) dalam sambutan hari raya.
Selain air lemenet, Sundrop turut menjadi pilihan jika tetamu tidak mahu minum air bergas. Sundrop adalah air oren produk tempatan.
5. Baju Melayu
5. Baju Melayu
Berbaju Melayu amat trendy di hariraya jika di Sarawak. Malah ada yang memakai baju Melayu hingga hari raya ke 7. Mereka akan memakai baju pelbagai warna dan sedondon mengikut tema masing masing. Hari raya pertama mungkin hijau, esoknya merah, lusa kuning.
Malah baju melayu tahun lepas akan dipakai kembali sebagai penaik seri. Saya pernah lihat anak anak muda makan di Mc donald pada hari raya ke 4 masih lengkap berbaju melayu dan bersongkok.
Saya amat bangga dengan sikap sedemikian dikalangan anak anak muda. Malah bukan sahaja dipakai orang melayu malah sahabat iban dan bidayuh turut memakai baju melayu atau baju kurung semasa menziarahi rumah kawan kawan. Malah baju melayu sulam cabut dan simo menjadi satu kebanggaan Melayu Sarawak memakainya.
6. Ziarah Pusara
6. Ziarah Pusara
Biasanya ziarah kubur di Sarawak dilakukan pada hari raya kedua. Memang meriah suasana di permakaman. Sanak saudara membaca yassin, berdoa akan kesejahteraan orang-orang tersayang yang mendahului kita.
Namun yang menarik ialah kanak-kanak akan mendapat sedekah wang syiling di tanah kubur. Orang orang tua tidak lokek memberi kanak kanak yang berada di situ wang syiling dan gula gula.
7. Sadak
Semasa takbir dibaca beramai-ramai sambil menanti kutbah, beberapa ahli masjid atau surau di kampung-kampung akan mengikat kain di pinggang dan berjalan di barisan saf jamaah. Maka jemaah akan memberi derma dengan memasukkan wang didalam ikatan kain itu.
Kelaziman ini digelar Sadak. (Seperti nelayan menyadak bubuk), ia adalah suasana biasa di kampung pesisir laut. Semasa menyadak wang derma mereka melaungkan kalimah...ya kareem....ya kareem... unik sekali.
Kalau di Semenanjung ramai yang memasang panjut atau pelita di kampung. Tetapi kampung-kampung di Sarawak akan memasang mandong atau bertuntong. Sama konsepnya mengunakan pelita minyak.
Cuma kalau bertuntong mereka akan memasangnya di pintu gerbang masuk ke kampung. Malah ada wakil rakyat yang berikan peruntukan pada kampung untuk membina gerbang dan dipertandingkan.
9. Berlanggar Meja
Ini adalah satu keunikan yang terdapat terutamanya bagi masyarakat Melanau. Lebih-lebih lagi di daerah Igan, Oya dan Dalat. Berlanggar meja ialah satu cara meraikan tetamu di hari raya secara besar besaran. Penduduk biasanya sudah bermesyuarat terlebih dahulu untuk menganjurkan acara ini.
Pada hari berlanggar meja ini diadakan penduduk kampung akan meletakkan meja dan disambung dengan meja jiran-jiran yang lain. Semua juadah akan diletakkan di atas meja dan berbeza mengikut meja yang mengambil bahagian. Ini bermakna hadirin yang datang bukan sahaja menziarah 1 atau 2 rumah malah boleh menziarah satu kampung dalam satu masa.
10. 7 hari kemeriahan dirasa
10. 7 hari kemeriahan dirasa
Berhari raya di sarawak ini sebenarnya sangat meriah. Sambutan yang dirasakan berlanjutan dengan begitu meriah sehingga 7 hari. Malah majlis rumah terbuka diadakan sentiasa walau pun sudah hampir seminggu Syawal masih ada tetamu yang berkunjung walaupun sudah malam.
Malah di pejabat juga turut dihias dan diadakan majlis berhari raya. Tetamu dan tuan rumah sentiasa berpakaian baju melayu lengkap bersampin dan berbaju kurung menyambut kehadiran tetamu.
Demikianlah sedikit sebanyak saya kongsikan suasana hari raya di Sarawak.
Jika ada salah silap info mohon ampun dan maaf.
Tinta peranti cikgu Emmet
Rabu Jam. 10.30 malam
Sumber: Cikgu Emmet Menulis
Demikianlah sedikit sebanyak saya kongsikan suasana hari raya di Sarawak.
Jika ada salah silap info mohon ampun dan maaf.
Tinta peranti cikgu Emmet
Rabu Jam. 10.30 malam
Sumber: Cikgu Emmet Menulis
NUMPANG PROMO BOSKU
BalasPadamSILAHKAN GABUNG DI #DEWA-LOTTO
BANYAK PROMO MENARIK !
yuk coba keberuntungan mu di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
BalasPadamKontak bbm 5-E-E-8-0-A-F-E, banyak permainan dan game seru loh disini :)
BalasPadamYuk daftar kan diri anda di ARENADOMINO permainan poker yang sekarang menghadirkan permainan baru game SAKONG silahkan bermain dan menang kan JP nya..
mari segera bergabung bersama kami di agen updatebetting...
BalasPadamsilakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya
ditunggu yahhh kehadiran anda
ayo bergabung dengan kami di dewapk^^ diadd ya pin bb kami D87604A1
BalasPadamyang butuh dana dengan modal 15.000 add pin bb : 58ab14f5
BalasPadam
BalasPadamdewalotto.com banyak permainan yang seru lho..
silahkan di coba ya..