Tapi, bila jalan sudah mula lancar seperti biasa, anda lihat tiada apa-apa yang berlaku di sepanjang jalan, dan ia sedikit sebanyak timbulkan keraguan akan apa yang berlaku sebenarnya.
Perkara sebegini adalah salah satu prosedur dalam menyelenggara lubuhraya, yang mana melibatkan sebuah kenderaan, yang kelihatan seperti di dalam perlumbaan kereta atau basikal, di mana kereta bergerak perlahan mengikuti kenderaan tersebut.
Mari kita lihat akan penjelasan mengenai perkara ini.
Kenapa blok jalan di highway PLUS?
Ramai yang tertanya-tanya apa dorang buat, ini ada sedikit penerangan tentang kejadian tersebut.
Pernahkah anda mengalami atau terlihat situasi seperti gambar dan video ini ketika menggunakan lebuhraya PLUS?
Kerja-kerja penutupan ke semua lorong ini dinamakan 'SHADOW VEHICLE'. Ini adalah SOP keselamatan terbaru di lebuhraya PLUS, ia dilakukan untuk mengurangkan kelajuan kenderaan di lokasi dan bertujuan untuk melindungi pekerja/petugas lebuhraya dengan pengguna lebuhraya dari terlibat kemalangan semasa kerja-kerja selenggara lebuhraya dilakukan.
Kenderaan (SV) Shadow Vehicle ini akan masuk ke setiap lorong di lebuhraya secara berperingkat bermula dari lorong kiri hingga ke lorong kanan sehingga kenderaan SV berada di setiap lorong.
Petugas SV ini akan memperlahankan kenderaan mereka secara berperingkat sehingga hampir 10-20km/j dan kadangkala akan berhenti di atas lebuhraya. Pengguna lebuhraya yang berada di belakang kenderaan SV ini harus memperlahankan kenderaan mengikut kelajuan SV dan pastikan jarak selamat 50Meter dari kenderaan SV.
Situasi ini hanya mengambil masa dari 5 hingga ke 10 minit. Ketika SV ini berlangsung, terdapat pekerja/petugas lebuhraya dihadapan sana 200-300meter dari anda sedang melakukan kerja-kerja seperti mengalihkan/membuang objek serpihan tayar/kayu/besi/bangkai haiwan/dll yang berada di atas lebuhraya, menampal lubang (pothole) atau penutupan lorong untuk kerja-kerja selenggara.
Memandangkan lebuhraya PLUS mempunyai antara 3 hingga 7 lorong di sesetengah tempat, ini mustahil untuk petugas/pekerja lebuhraya melakukan kerja-kerja menyelenggara seperti diatas dalam keadaan trafik yang tinggi.

Telah terdapat beberapa kes yang melibatkan petugas/peronda/pekerja lebuhraya yang maut dirempuh ketika melakukan kerja-kerja selenggara. Dengan kaedah ini, kemalangan melibatkan pekerja dengan pengguna lebuhraya dapat dikurangkan.
Diharap anda semua dapat bersabar demi keselesaan dan keselamatan kita semua.
Dengan sedikit penerangan ini harap terjawab sudah pada mereka yg tertanya dan yang pernah mengalami situasi ini. Untuk lebih maklumat mengenai SV, anda boleh terus berhubung dengan pihak PLUS.
- Siakap Keli
BACA: Muat Turun Aplikasi Dalam Telefon Pintar Ini Untuk Gantikan ‘Dash Cam’, Boleh Gunakan Dalam Perjalanan Balik Raya
Ayo bergabung dengan kami di DEWAPK dan menangkan hadiah nyata nya hanya dengan modal 10rb saja loh silahkan mencoba ya.. pin bb D87604A1
BalasPadam