Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) Kagum, Telatah Abang Kecil Ini Jaga Adik Ketika Si Ayah Sedang Solat, Bila Ayahnya Selesai Dia Pula Bangun Solat

9 Jun 2017
3 ulasan

Setiap anak yang baru dilahirkan adalah seumpama kain putih yang akan dicorakkan oleh ibu bapa mereka sendiri, jika cantik coraknya, maka cantiklah hasilnya.

Anak perlu diberikan didikan yang sempurna seimbang dunia dan akhirat untuk mereka meneruskan hidup di masa akan datang di mana dapat membezakan antara yang baik dan buruk.

Beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh Shahrin Nasir cukup buat hati rasa bersyukur, beliau telah berkongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan gelagat seorang abang kecil yang menjaga adiknya semasa ayahnya sedang menunaikan solat di sebuah surau di Bandar Tawau, Sabah.

Apa yang menarik, selepas bapanya selesai solat, beliau pula bangun untuk bersolat, hebatnya didikan dari ibu bapa budak lelaki ini.

Jom baca.

Berdiri kagum aku seketika...melihat anak kecil ini menjaga adiknya ketika ayahnya sedang beribadah kepada penciptaNya...

Cantik sungguh akhlak anak ini ...tidak melepaskan tanggungjawab kepada adiknya walaupun jelas dia juga masih kecil...








Setelah ayahnya selesai solat...aku terpegun sekali lagi...melihat dia pula yang beribadah kepada Tuhan...Tahniah kepada ibu Bapa anak ini...



Didikan anda dan Ilmu mentauhidkan Allah sangat jelas dalam diri anak anda yang comel dan taat ini...rasa cemburu bila melihat anak ini.

#minta izin ambil gmbar ya bang...lupa bagitahu tadi..

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada akulah tempat kembalimu.”-- - Surah luqman : ayat 14

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. mari segera bergabung bersama kami di agen updatebetting...
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya
    ditunggu yahhh kehadiran anda

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  3. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "