Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Diet Seimbang Buat Anak Kecil Ketika Berpuasa, Untuk Kekal Bertenaga & Sentiasa Terhidrat Sepanjang Hari

9 Jun 2017
4 ulasan
Foto: inspirasibangsa

Seperti ibu bapa sewaktu kecil dahulu sudah pasti pernah juga berhadapan dengan situasi di mana cuba untuk mengalak dari berpuasa, dengan pelbagai alasan yang diberi.

Begitu jugalah anak-anak kita, di mana mereka pasti akan cepat berasa letih, dahaga, dan dehidrasi sehingga menjejaskan aktiviti harian.

Oleh yang sedemikian, ibu bapa harus bijak memainkan peranan, lebih-lebih lagi dalam pengambilan pemakanan yang sesuai dengan anak-anak, agar mereka kekal cergas dalam menjalani ibadah berpuasa.

Anak-anak seharusnya mengambil dua hidangan utama sewaktu puasa, iaitu ketika bersahur, juga berbuka puasa, dan tidak dilupa juga untuk satu hidangan snek ringan atau makan malam sebelum tidur, iaitu selepas solat isyak dan terawih.

Mari kita lihat apakah lagi makanan atau diet yang boleh diberikan kepada anak-anak, saranan dari Ketua Jabatan Perkhidmatan Dietetik dan Nutrisi Pusat Perubatan Sunway, Celeste Lau Wai Hong.

1. Tawar makanan yang mengandungi karbohidrat lebih kompleks

- Beras perang

- Pasta

- Produk bijirin penuh atau pita

- Sayuran berkanji dan sayuran berdaun

- Protein/; Ikan, telur, ayam, daging

Selain, elemen penting dengan melengkapkan hidangan, iaitu dengan sesuatu yang manis daripada buah.

2. Makanan tinggi serat

Membuatkan kanak-kanak lambat berasa lapar. Bagi anak yang berusia kurang tujuh tahun, boleh mencuba bubur dengan campuran sayuran, bersama protein seperti ikan atau telur.

3. Minuman tenaga

Sebelum berakhir waktu sahur, ibu bapa boleh berikan susu, untuk anak kekal terhidrat.

Susu adalah sumber cecair baik yang mengandungi semua nutrisi selain memiliki indeks glisemik lebih rendah berbanding jus buah atau minuman manis lain.

Bahkan ia juga boleh membuatkan anak anda berasa kenyang dengan lebih lama. Ia membolehkan mereka bertahan lebih baik.

4. Mudah dicerna

Oleh sebab, puasa memakan masa yang lama, sehingga belasan jam, adalah baik sekiranya diberikan makanan yang lebih mudah untuk dicerna.

Foto: hellosehat

Perlu dihindari, elak masalah penghadaman

5. Banyak lemak atau pedas

Makanan mengandungi banyak lemak dan terlalu berempah atau pedas boleh memicu beberapa masalah penghadaman misalnya kembung, refluks dan beberapa masalah lain.

Sekiranya anak ingin juga makanan pedas, ia boleh diambil dalam jumlah kecil.

6. Minuman ringan bergas atau berkarbonat

Jika terlalu banyak minum minuman ini, kanak-kanak mungkin tidak boleh makan lebih banyak makanan yang sesuai dengan keperluan, yang mana akhirnya membuatkan mereka tidak mengambil hidangan seimbang dan sihat.

7. Tidak perlu hidangan yang banyak

Ruang perut adalah sama sahaja, sama ada ketika berpuasa atau tidak, jadi untuk dengan ruang yang terbatas itu, ibu bapa boleh memastikan anak kekal bertenaga dengan makanan tinggi serat, karbohidrat kompleks, dan protein.

Untuk itu, ibu bapa harus tahu jadual anak-anak, di mana sekiranya banyak melakukan aktiviti, boleh mengambil makanan berat ketika sahur, manakala, jika kurang aktiviti berat, hidrasi lebih penting daripada makanan.

Anak-anak boleh membuat aktiviti seperti biasa, tapi harus mengurangkan masa bersukan, atau hindari dari cahaya matahari langsung dalam tempoh lama. Di mana, aktiviti sukan, boleh juga dilakukan di sebelah malam, atau selepas berbuka.

Sumber: Harian Metro

- Siakap Keli



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Mau main game yang bisa menghasilkan uang?
    mari daftar disini f*a*n*s*b*e*t*t*i*n*g :)

    BalasPadam
  2. mari segera bergabung bersama kami di agen updatebetting...
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya
    ditunggu yahhh kehadiran anda

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  4. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "