Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jadi Seorang Pelupa Bukannya Tak Cerdik, Tapi Sebenarnya Lebih Bijak Bila Buat Keputusan - Kajian

30 Jun 2017


Seringkali orang-orang yang pelupa atau tidak mempunyai memori yang kuat disifatkan sebagai kurang cerdik kerana memori yang 'rosak'. Bagaimanapun, satu kajian terbaru menyatakan sebaliknya.

Satu kajian terbaru di dalam jurnal Neuron, yang berdasarkan penelitian terhadap subjek, menyimpulkan bahawa 'asyik terlupa' merupakan satu bahagian penting dalam pembelajaran.

Hasil kajian ini sedikit sebanyak memberi pencerahan terhadap persoalan mengapa ramai orang yang cerdik mempunyai masalah memori ini. Sebagai contoh: Albert Einstein.

Salah seorang penulis kajian itu, Professor Blake Richards, dari Universiti Toronto berkata: "Ianya penting untuk otak melupakan butiran yang tidak penting dan memfokus terhadap perkara yang akan membantu dalam membuat keputusan di dunia nyata."

Malah, tujuan 'memori' kita bukan untuk mengingati fakta, tetapi untuk mentransmisi memori tertentu supaya boleh membantu membuat keputusan yang lebih bijak.

Jadi, otak bukannya tidak berfungsi dengan elok apabila ia menjadi pelupa, tapi ia mungkin sedang cuba untuk mengoptimumkan penggunaan supaya boleh fokus kepada perkara lebih penting atau membuat satu gambaran besar bagi memudahkan pemahaman terhadap satu-satu perkara.

Apa maklumat yang 'dibuang' terpulang kepada situasi.

Kajian itu memfokuskan kepada memori 'transience', yang secara asasnya menyimpulkan bahawa kebolehan untuk membuang memori tertentu penting untuk kebolehan membuat keputusan yang lebih sempurna.

Tetapi, jangan sesekali lupa hari jadi isteri & ulang tahun perkahwinan.

Sumber: MaxinIndependent
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. mari di coba keberuntungannya disini F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Kontak bbm 5-E-E-8-0-A-F-E :D

    BalasPadam
  2. Ayo bermain bersama kami di ARENADOMINO anda menang kami senang silahkan daftar dan bermain ya 100% aman dan nyaman silahkan dibuktikan sendiri..

    BalasPadam
  3. ANDA MENANG KAMI SENANG yuk silahkan bermain bersama kami di ARENADOMINO permainan poker terbesar silahkan..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "