Dituduh Mempermainkan Loghat Utara Dalam Program 'Raya Sakan Mak Cun' Oleh Netizen, Erma Fatima Tampil Mohon Maaf
Pengarah dan pelakon drama bersiri popular Mak Cun, Erma Fatima telah membuat permohonan maaf selepas dia telah dikecam oleh sesetangah netizen gara-gara terlalu ''over'' apabila bercakap dialek Utara dalam program Raya Sakan Mak Cun yang ditayangkan 24 Jun lalu, lapor Harian Metro.
Ada netizen mendakwa tindakan beliau dan pelakon-pelakon lain yang menjerit-jerit apabila bercakap telah memberi tanggapan negatif tentang orang Utara selain sebutan dialeknya tidak betul.
Selain itu, netizen yang kebanyakannya berasal dari Kedah juga mendakwa loghat utara yang ditutur mereka nampak terlalu dibuat-buat dan ada juga yang mendakwa percakapan pelakon-pelakon dalam program itu seperti menghina loghat utara.
Erma dalam perbualan telefon dengan wartawan menyatakan dia telah memberikan yang terbaik untuk menjayakan program tersebut yantelah ditayangkan secara langsung.
Menurut Erma, dia sedar mereka tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak di mana semua pelakon yang terbabit bukanlah berasal dari utara tanah air.
“Saya memohon maaf sekiranya ada pihak yang tidak senang dengan loghat utara yang kami gunakan sepanjang program itu.
“Kami bukan berasal dari Kedah, Pulau Pinang atau Perlis. Kalau nak dalami sesuatu dialek negeri yang bukan tempat kelahiran kita, prosesnya memakan masa yang sangat lama,” katanya.
Program Raya Sakan Mak Cun itu telah menampilkan pelakon-pelakon drama Mak Cun yang lain seperti Umie Aida, Datuk Rahim Razali, Balkisy Samundur Khan dan Haidar.
Sejak semalam tersebar keratan gambar yang menyatakan kalau nak belajar dialek Utara perlu dengar percakapan pelakon Farid Kamil yang berasal dari Alor Star.
Keretan berkenaan menjadi perbincangan hangat di media sosial, ada juga netizen yang menyatakan Mak Cun hanyalah lakonan semata-mata.
“Janganlah dibandingkan saya dengan Farid kerana dia memang berasal dari Kedah, saya sedikit terkilan dengan sikap sesetengah netizen yang ingin menegur tetapi menggunakan bahasa kasar.”
“Orang Melayu ada budi bahasanya. Kalau ada yang salah, kita boleh tegur dan ajar tetapi bukanlah dengan kata-kata kesat dan gaya seperti gangster.
“Apabila salah sikit saja, hendak ditampar dan dipukul. Inilah yang membuatkan ramai generasi baru kita membesar menjadi pembuli,” katanya Erma lagi.
Beliau bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada penonton yang menonton program itu.
“Walaupun mengecam program itu, tetapi mereka tetap menontonnya dan itu lebih penting. Bukan senang nak buat orang menonton sesuatu program dari awal hingga akhir, tidak kiralah dalam keadaan benci atau suka,” katanya lagi yang kini berada di Milan, itali. - Siakapkeli.my
BalasPadamjoin yuk di www.arenadomino.com
minimal depo dan wd cuma 20 ribu
dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games