Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hari Raya Semakin Suram? Berikut Bagaimana Untuk Mengembalikan Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aildilfitri

6 Jun 2017
“Kembalikan Pelita”


Mungkin ramai daripada kita berpendapat sambutan hari raya tidak seperti dahulu dek kerana faktor usia yang semakin meningkat, menyebabkan kita semakin malas untuk menyambut dengan sepenuh hati.

Rakyat Malaysia pada ketika ini terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk membuat persiapan sambutan Hari Raya. Hal ini membuatkan ramai antara kita terpaksa berfikir dua atau tiga kali untuk berbelanja sewaktu Hari Raya terutamanya untuk mengadakan rumah terbuka.

Penggunaan telefon pintar yang berlebihan pada zaman sekarang juga merupakan salah satu faktor terbesar sambutan Hari Raya kian hambar. Ramai antara kita memilih untuk duduk di rumah tidak berbuat apa-apa berbanding berkunjung ke rumah sanak saudara. Jangan jadi antisosial.


Mungkin melalui penggunaan telefon pintar, manusia menjadi terlalu selesa kerana mampu berinteraksi bersama rakan lain di media sosial di atas katil. Ini merupakan satu mala petaka untuk manusia sejagat.

Itu belum bercerita tentang kepura-puraan betapa meriahnya sambutan Hari Raya melalui kiriman gambar di laman media sosial terutamanya di Instagram. Setiap orang berebut-rebut mahu memberitahu satu dunia tentang betapa meriah hidupnya. Ini lagi satu malapetaka yang sangat menggerunkan.

Jadi bagaimana caranya untuk kita mengembalikan suasana Hari Raya seperti dahulu kala. Bagi saya ianya bukan kerana faktor usia. Di umur kita yang semakin meningkat ini, kita perlu berbuat sesuatu yang berbeza untuk menghangatkan kembali pengalaman di Hari Raya.

Pertama sekali, apa salahnya sewaktu menerima kunjungan di Hari Raya atau rumah terbuka, tuan rumah melaksanakan ‘larangan’ telefon pintar. Bermakna setiap penggunjung yang datang perlu meletakkan telefon mereka ke dalam kotak atau balang untuk sementara waktu.


Melalui perlaksanaan ini membuatkan pengunjung yang datang rasa lebih selesa untuk berkomunikasi. Ini juga dapat meningkatkan lagi interaksi sesama manusia yang semakin pudar.

Yang kedua, sebagai tuan rumah, anda perlu memperbanyakkan permainan rakyat atau aktiviti bersama. Sebagai contoh, tuan rumah boleh mengendalikan sesi bermain charades atau permainan teka teki sewaktu berkumpul. Permainan seperti ini dilihat merupakan pilihan mudah untuk mengurangkan rasa kekok di antara satu sama lain.


Untuk kanak-kanak, tuan rumah mungkin perlu sediakan permainan seperti congkak, batu seremban atau musical chair. Orang tua boleh turut sama melibatkan diri mereka untuk suka-suka disamping mengenang kembali masa lampau. Dengan ini sambutan Hari Raya akan kembali ceria dengan senyuman dan gelak tawa. Ketepikan telefon dan hal luar buat seketika.


Seterusnya, untuk menghasilkan sambutan Hari Raya yang gemilang, menu yang disajikan juga haruslah lebih kreatif. Tidak dapat dinafikan, semasa Hari Raya, terdapat pelbagai sajian dan hidangan tradisi Hari Raya boleh didapati seperti ketupat, lemang, rendang, dodol dan sebagainya. Tetapi bagi pengunjung yang sudah bertandang ke beberapa rumah lain, ketupat mungkin tidak lagi menjadi pilihan.

Apa kata, raya tahun ini, jom membawa seisi keluarga berbuka puasa atau menyambut Hari Raya di Pizza Hut! Baru-baru ini Pizza Hut Malaysia telah mengumumkan piza istimewa mereka iaitu Loaded Pockets yang akan membuat penampilan semula bersempena bulan Ramadhan dan Hari Raya.


Pizza Hut Loaded Pockets, dipenuhi dengan limpahan kelazatan untuk memenuhi citarasa semua. Piza ini merupakan ciptaan rasa yang harmoni bagi menjanjikan kepuasan sehingga gigitan terakhir. Piza edisi terhad ini boleh didapati di seluruh negara bermula pada 11 Mei sehingga 21 Julai 2017.

Dengan slogan 'Juadah Beraneka Memikat Selera di Bulan Mulia', piza Loaded Pockets menampilkan 12 kerak poket yang padat berinti dan menyelerakan. Sekali gigit, ianya akan menghasilkan letupan rasa yang unik di dalam mulut.

Pizza Loaded Pockets berisi cebisan ayam bersos manis berempah, bawang, lada benggala, nanas dengan keju cheddar di kerak berinti ayam & cendawan berkeju.


Piza Loaded Pockets hanya ditawarkan untuk makan di restoran! Pizza Hut turut menawarkan pilihan kombo menarik untuk dua orang dan empat orang bagi mereka yang inginkan penjimatan hebat.


Setiap kombo mengandungi satu piza Loaded Pockets bersaiz biasa (kombo untuk empat orang termasuk satu lagi piza kegemaran bersaiz biasa), sup cendawan, pelbagai pilihan minuman seperti Shaken Ice Lemon Tea dan Wildberry Smash Tea, seleksi pembuka selera untuk dipilih seperti chips & dips, caesar salad, garlic bread, crispy fries dan pencuci mulut puding ros. Kombo ini ditawarkan pada harga yang amat berpatutan iaitu RM39.90 untuk dua orang, dan RM79.90 untuk empat orang.

Padat dengan limpahan kelazatan untuk memenuhi citarasa semua, piza ini merupakan ciptaan rasa yang harmoni bagi menjanjikan kepuasan sehingga gigitan terakhir!

Berikan sesuatu yang baru tahun ini. Langkah ini juga dilihat dapat memberikan kejutan kepada pengunjung disamping memberi ruang kepada emak yang sentiasa berperang di dapur semasa hari raya untuk berehat dengan berkunjung ke restoran  Pizza Hut yang berdekatan.


Ianya bukan sahaja dapat meringankan beban mereka, malah dapat memberikan kelainan semasa hari raya disamping menjimatkan masa dan tenaga. Raya dah tak macam dulu, alang-alang apa salahnya kita ketengahkan sesuatu yang baru untuk raya tahun ini.

Sila kunjungi http://dinein.pizzahut.com.my/highlight-loaded-pockets.html untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang piza Loaded Pockets baru ini.


Akhir sekali, kita perlu faham dan hayati betul-betul makna Hari Raya yang sebenar. Hari Raya merupakan hari yang mulia dan merupakan hari yang paling sesuai untuk kita bermaaf-maafan tanpa perlu rasa segan. Jadi pendapat saya, untuk tahun ini, ambil kesempatan ini untuk merapatkan kembali hubungan bersama kenalan yang telah putus atau renggang.

Raya tahun ini, cuba untuk beritahu apa kesalahan yang telah anda lakukan semasa meminta maaf dengan seseorang. Ini dapat menjadikan sesi bermaafan yang lebih berkualiti dan ikhlas bertujuan untuk mencuci hati yang kotor.

Ramai memandang remeh tentang hubungan sesama manusia kerana kita berada di dalam dunia yang penuh dengan sikap ego. Jadi mereka rasa tidak kisah jika hubungan terputus. Lama kelamaan ianya juga turut memberi kesan kepada suasana hari raya yang kian suram.

Sekian.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "