(Gambar) Bila Ada 'Sale', Hilang Sifat Ketimuran Dan Adab Orang Malaysia, Habis Berterabur Barang Tak Suka Atas Lantai
Sale! adalah satu perkataan yang amat ditunggu oleh rakyat Malaysia terutamanya terutamanya di musim perayaan, ramai orang akan berpusu-pusu memenuhi ruang di pusat membeli belah.
Ia adalah satu berita baik yang disambut ramai, satu inisiatif pihak penjual yang mahu meringankan beban pengguna, namun bagi orang ramai pula apa mereka lakukan untuk meringankan beban perniaga pula?
Seperti dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, apa yang berlaku di sebuah pusat membeli belah terkenal yang mengadakan 'sale', hilang terus nilai orang timur yang ada pada kita, mana tidaknya, suasana di dalam pusat membeli belah berkenaan macam tongkang pecah.
Barang-barang yang mereka tak suka habus berterabur atas lantai, baju yang mereka tak suka dibiarkan berselerak merata-rata.
Jom kita baca.
Aku tahu sekarang tengah sales gila2. Tapi korang kalau pergi shopping tu jadi lah pembeli yang berhemah sikit. Aku pergi tadi ya Allah kesian wey.
Memang dah nama pon keje dia tp pikir la jugak. Staff tu pon manusia, puasa lagi. Sama je mcm kita. Bukan binatang kau nak panggil woi woi tolong amik baju.
Tak cukup tangan budak tu nak layan org ni org tu. Semua tak reti sabar. Kalau dah nampak mcm tu punya ramai manusia, please consider. Self service atau pon sabar kejap. Staff mesti tolong. Nak bayar tolong beratur.
Reminder utk mak ayah yang nak shoping barang2 anak. Fitting room ade pergi la try. Ni kau try kt floor dah satu hal, lepastu bila taknak, kau tinggal je kt atas lantai macam tu je.
Macam kat rumah kau buat. Kau dah jadi mak bapak kot. Takkan lah takbole pikir adab. Bila staff kerek ke takde mood ke kau marah pulak staff tu. Padahal org tu da penat kemas kasi elok nak kasi senang semua org shopping.
Tapi kauorang shopping mcm takde akal. Sabar. Tak hilang pn. Tak sempat harini, esuk datang lagi. Rasa malas nak beratur sbb ramai sangat kt fitting room? Beli dulu. Balik rumah try. Tak ngam bole tukar. Kedai ni ade exchange & return policy. Bole baca kt website dia. Tolong educate diri sebelom pergi shopping.
Kau tahu pukul 10 mall tutup, jangan lah dtg pukul 10. Staff pon ade rumah nak balik makan, mandi, rehat. Tak kisah la mana2 pon kau nak shoping tempat ke. Tolong jaga adab.
- Siakapkeli.my
BalasPadamsalam kenal ya,mari bermain bersama kami di ION QQ
banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
pin BB 58ab14f5.