Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tragedi Berdarah Timpa Anak Tahfiz, Van Yang Dinaiki Remuk Selepas Terbabas Rempuh Sebuah Rumah

2 Jun 2017
No Comment

Kira-kira lima orang pelajar dari Maahad Tahfiz Al – Hashimi, Kampung Tualang, Kuala Krai dilaporkan maut selepas van yang dinaiki mereka bersama 9 orang yang lain  termasuk 2 orang ustaz telah terbabas merempuh sebuah rumah di Kampung Telekong, Jalan Kuala Krai - Kota Bharu di Kuala Krai, Kelantan.

Kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 9.00 pagi itu menyebabkan 5 orang berusia 15 hingga 17 tahun maut selepas cedera parah kerana tersepit, manakala sembilan lagi berjaya dikeluarkan orang awam.

Dikatakan pelajar-pelajar tahfiz ini sedang menuju ke Madinah Ramadhan Kota Bharu untuk menyertai program daurah tafsir Al-Quran pagi ini.


Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai berkata, sebanyak dua jentera dengan 12 anggota masing-masing dari balai Kuala Krai dan Machang dikejarkan ke lokasi kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Krai. - Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "