Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video & Gambar) "Back to School" Gelagat Guru-Guru Kembali Sarung Baju Sekolah Cuit Hati netizen

16 Mei 2017
No Comment
Foto: RUSHDAN MANAN

Hari guru adalah yang begitu indah bagi seorang guru, mana tidaknya selepas berhempas pulas menabur budi dan ilmu kepada anak muridnya, pada hari guru yang disambut 16 Mei setiap tahun mereka ini akan dirai.

Ada antara mereka akan menerima pelbagai hadiah daripada anak-anak murid kesayangan walaupun bukan dipinta, jadi tidak salah hari berkenaan digunakan mereka untuk melepaskan perasaan dengan sedikit berhibur.

Admin kongsikan kali ini adalah sambutan hari guru yang cukup meriah berlaku di Sekolah Kebangsaan Gita Kuching, dengan teman "Back to School", guru-guru berkenaan kembali menjadi murid dengan hadir ke sekolah memakai pakaian sekolah.

Jom kita lihat gelagat mereka ini.







Tahukah anda, tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. - Siakapkeli.my

Sumber: RUSHDAN MANAN Bernama
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "