Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tindakan Tegas Akan Diambil Kepada Mana-Mana Pihak Guna Isu Hon Di Surau Untuk Menggugat Ketenteraman Awam

6 Mei 2017
No Comment

Pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan amaran kepada mereka diluar sana agar tidak menjadikan isu hon kereta di Surau Austin Perdana, Taman Setia Indah, Johor Bahru sebagai landasan untuk menggugat ketenteraman awam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Johor, Dato Kamarulzaman Bin Mamat berkata, orang ramai diminta agar tidak menviralkan isu ini lagi di mana kes kini dalam siasatan dan pihaknya berjanji akan menyiasat kes ini seadil-adilnya.

"Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana individu atau kumpulan yang menajdikan insiden ini sebagai landasan untuk menggugat ketenteraman awam atau emngganggu siasatan polis."

"Negara kita terdiri daripada pelbagai masyarakat majmuk, sifat tolak ansur dan prihatin adalah amat mustahak untuk mengekalkan kemanan antara semua kaum iaitu kunci kepada kehamonian negara ini," kata beliau.

Dalam kejadian yang belkau pada 5 Mei semalam ketika solat Jumaat, sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki telah membunyikan hon keretanya sehingga menggangu jemaah yang berada di dalam masjid sedang menunaikan solat Jumaat.

Lelaki berkenaan dikatakan berbuat demikian kerana keretanya terhalang untuk melalui jalan berkenaan, ekoran tindakan lelaki berkenaan yang membunyikan hon dan tidak mahu menerima mahu teguran membuatkan jemaah surau berang dan bertindak memukulnya selain kereta milik beliau dirosakkan. - Siakapkeli.my

Sumber: Polis Johor





Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "