Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tak Rasa Terbeban Nak Simpan Duit, Tengok-Tengok Dah Banyak, Cara Simpan Duit Syiling, Sesuai Buat Pelajar

6 Mei 2017
No Comment
Gambar Besar: shakkido

Sebelum ini telah banyak kita dengar dan baca akan perkongsian dari orang ramai, mengenai menyimpan, atau menabung. Kebanyakan dari kita, sudah semestinya ada simpanan, yang khusus di dalam bank.

Namun begitu, menurut perkongsian dari saudara Hariz Jamaludin, sebenarnya terdapat cara mudah dalam memastikan anda mempunyai simpanan, dan ianya sebenarnya agak mudah.

Sudah pasti kita mempunyai duit syiling, da nada ketikanya penuh dalam kocek seluar jeans, dan terselit di mana-mana. Dalam biarkan sahaja, atau lebih baik masukkan dalam tabung kan, bagaimana caranya?

Jom kita ikuti perkongsian dari pemuda ini.

[TIPS KEWANGAN : PIGGY BANK]

Harini saya nak berkongsi tips menyimpan duit secara kreatif sesuai untuk students.

Cara :

1. Sediakan botol air mineral kosong 1.5 liter. Buat lubang untuk masukkan syiling. *hiasan seperti rambu ramba and glitterz ialah optional. as long as it keeps you motivated to put coins in your DIY tabung. lulz

2. Berbelanja. Spend as usual based on your daily basis needs. The trick here is NEVER USE COIN TO PURCHASE. Gunakan duit kertas. Even bila cashier tanya, 'ada 20 sen tak?" even you have it in your celah poket2, "SORRY TAKDE". There you go, you'll get coins from here. hehe

3. At the end of the day, masukkan whatever coins you have today inside your tabung. It can be demotivating at the beginning especially when you see, "Hmmm ni sampai aku mati pun belum tentu boleh penuh". HAHAHA. Optimis je bro. Jangan difikir.

4. Ulang langkah 1,2,3 sampailah tiba harinya tabung anda penuh. 

5. Pergi mana2 bank yang ada Coin Deposit Machine (CDM) dan lagak seperti orang kaya yang menuang syilingnya ke dalam mesin tersebut. Bunyi "ka-ching" tu sangat buat kau puas hati. Huhu

Telah jadi rutin saya untuk buat 'trick' ni since awal Tahun 1 Pengajian. Dalam masa 2 semester saya berjaya kumpul lebih kurang RM350. Untuk tahun ke-2 pula saya berjaya mengumpul hampir RM250. Aik kenapa kurang? Barangkali kurang syiling 50 sen sebab guna untuk mesin basuh automatik. haha


Kelebihan :

1. Tiada beban. 

Kau takkan rasa kau saving. Yes, kau mungkin rasa duit kau cepat habis. But that's a good sign coz duit yang habis tu akan masuk balik account aku. eh kau. huhu

2. Realistik. 

Aku pernah terbaca, ada tips simpan duit yang suruh kau simpan amount based on haribulan. Contoh, 1hb save RM1, 30hb save RM30. Dahtu kalau ditotalkan sebulan dah berapa. Mati kebuluran pulak nanti. Tak sempat nak merasa duit saving.

3. Kurang godaan. 

Memandangkan duit yang kau simpan tu duit syiling, kau tak rasa nak guna sebab beban nak angkut and susah untuk urusan jual beli. Imagine duit kertas, kalau dah berkepuk2 gila taknak guna? kan.

Kesimpulannya, ada cara untuk kita students simpan duit walaupun kita takde fixed income, mengharapkan PT ataupun duit parents. Kita still boleh saving dengan syarat disiplin sikit. Kena tahu level mana disiplin diri sendiri and pandai- pandailah adjust. 

Akhir sekali, duit yang kau simpan tu mungkinlah tak banyak mana, tapi boleh membantu sikit- sikit kot2 ter-over spent ke untuk bulan tu, adalah duit back-up. Takpun ada goal lain contoh nak gi travel satu Eropah ke? Manalah tau kan. haha. Itu je kot. Harap membantu

PIGGY BANK takdelah haram sangat. huhu

Mungkin lepas ni dah tak perlu tunggu duit syiling banyak-banyak dalam tabung, bila dah penuh jer, terus masukkan dalam CDM duit syiling, secara tak langsung, dah ada duit kembali dalam akaun anda, tanpa sedar, mudah jerk an. - Siakap Keli


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "