Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sudah Kenal Pasti Dalangnya, Polis Akan Lancar Operasi Khas Untuk Buru Ketua Gengster Seluruh Negara

2 Mei 2017
No Comment

Pihak polis Di Raja Malaysia dalam satu kenyataan menyatakan mereka telah mengenal pasti ketua kumpulan gengster di seluruh negara, lapor mStar Online.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pasukan petugas anti-kongsi gelap polis kini semakin hampir untuk berjaya menjejaki ketua-ketua kumpulan gangster ini.

"Ia adalah perkembangan selepas penahanan ahli Geng 24 dan Geng 36 di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

"Kami akan melancarkan ops khas untuk menangkap penggerak utama mereka.

"Buat masa ini, kami sedang mengumpul seberapa banyak maklumat maklumat berkaitan pemimpin-pemimpin ini bagi mengukuhkan kes terhadap mereka di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012," katanya.

Beliau yakin dengan pengkapan ketua-ketua kongsi gelap ini, kegiatan gengsterism di negara ini akan dapat dihapuskan secara drastik tidak lama lagi.

“Dalam tempoh setahun enam bulan ini, kita akan dapat jatuhkan kegiatan gengsterisme menerusi pendekatan baharu yang digunakan polis ketika ini," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Noor Rashid berkata seramai  40 anggota geng  24 dan 36 telah diambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 2012 (SOSMA).

"Selepas tindakan dikenakan ke atas anggota kumpulan 24 dan 36, aktiviti gengster telah menurun sehinggakan baru-baru ini mereka menggunakan pula taktik baharu dengan melibatkan pelajar sekolah.

"Mereka (anggota kumpulan) tahu tindakan yang dikenakan ke atas pelajar agak sederhana iaitu di bawah Kanun Keseksaan berbanding mereka yang dikenakan tindakan di bawah SOSMA yang apabila didakwa, mahkamah tidak akan memberi ikat jamin sehingga selesai perbicaraan kes," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "