Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Doktor Terkejut Jumpa 75 Jarum Tertanam di Leher, Tangan & Kaki Pesakit

2 Mei 2017


Seorang pesakit mengejutkan doktor apabila hasil imbasan x-ray mendapati terdapat 75 jarum besi tertanam di leher, tangan dan kaki lelaki berkenaan.

Badrilal Meena, dari Kota di Utara India, telah dimasukkan ke hospital untuk satu satu pembedahan berjadual bagi kakinya. Bagaimanapun, salin ujian x-ray mendapati terdapat bedasing tersebut di kaki pesakit berkenaan.

Hasil siasatan lanjut mendapati bukan di kaki sahaja jarum itu tersembunyi, malah di leher dan juga tangan.

Ketika ditanya, Meena berkata dia dan keluarga tidak tahu bagaimana jarum-jarum itu boleh berakhir di dalam tubuhnya, namun ahli medik berkata besi itu dimasukkan dengan sengaja.

Menurut laporan lagi, tiada satu pun hospital yang dilawati oleh keluarga Meena sanggup melakukan pembedahan bagi mengeluarkan jarum-jarum itu.

Meena, yang juga seorang pekerja di syarikat keretapi tempatan, kini terlantar di hospital keretapi Mumbai.

Dari 75 jarum yang tertanam, 40 dari mereka berada di leher, 25 di kaki kanan.



Anaknya, Rajendra berkata mereka mahu melakukan pembedahan kaki kerana ayahnya mengadu sakit di bahagian itu dan mereka hanya sedar punca kesakitan selepas diberitahu doktor.

Dia berkata: "Kami takut apabila melihat gambar. Kami tak tahu bagaimana jarum-jarum itu masuk ke dalam badannya.

"Kami dah beberapa kali tanya dia (Meena), tapi dia tak ingat langsung." kata Rajendra.

Meena

Sumber: DM
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "