Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"RM50 Dah Boleh Beli Sekampit Beras," Johan Marah Peminat Sanggup Bazirkan Duit Undi Artis Kegemaran Semata-Mata Untuk Menang Anugerah

14 Mei 2017
2 ulasan

Walaupun telah memenangi tiga kategori pada Anugerah MeleTop Era (AME) 2017 bulan lalu, itu bukanlah satu kebanggaan bagi pelawak Terkenal Johan, lapor Projek MMO.

Ini kerana menurut Johan atau nama sebenarnua Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz, dia berasa kurang senang kerana peminat telah menghabiskan wang mereka demi memastikan kemenangannya artis kesayangan mereka dalam sesebuah anugerah.

“Saya marah mereka undi saya kerana pengundi saya bukan di kalangan yang berada. Mereka orang biasa.

“Duit yang mereka ada baik disedekahkan kepada anak yatim atau bantu ibu bapa, itu lebih baik.

“Tetapi inilah apabila dikatakan peminat, kita kentut pun mereka kata wangi. Jadi saya terima kasih kepada peminat kerana mengundi saya,” katanya.


Johan yang turut menjadi pengacara AME 2017 bersama Nabil dan Neelofa itu telah merangkul tiga anugerah yang dipertandingkan.

Tiga anugerah itu ialah artis lawak, penyampai radio dan program radio yang dipilih berdasarkan undian peminat.

Menurut johan lagi, kemenangan pada malam itu tidak menjadi keutamaan kerana komitmen mengacara lebih diutamakan.

“Saya selalu marah peminat saya beli surat khabar atau berkenaan dengan duit. Saya tidak sokong penyokong saya menyokong saya dengan duit.  

“Kalau nak cakap duit, saya ada duit. Jangan buang duit anda. Kalau undi atas talian tidak mengapa, itu tidak guna duit.

“Saya tidak mahu bebankan orang. Duit itu boleh buat benda lain daripada dihabiskan kepada artis pujaan.  

“RM50 dihabiskan untuk artis pujaan? Kita boleh dapat beras sekampit,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. bandar judi online dan poker terpercaya dan banyak permainan lainnya hanya ada di dewalotto^info daftarkan diri anda segera

    BalasPadam
  2. Gabung Di Sini Bersama Kami Di kelinci99.com Dapatkan Freechip 5000 Setiap Hari NYa.....

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "