Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Remaja Lawan Arus Bebas Dan Terlepas Dari Tuduhan Mengambil Dadah

12 Mei 2017
No Comment

BUTTERWORTH: Seorang ramaja perempuan berusia 19 tahun yang sebelum ini menjadi tular memandu melawan arus dalam kejadian 15 Mac lalu telah dibebaskan dan dilepaskan daripada pertuduhan mengambil dadah di Mahkamah Majistret di sini pagi ini, lapor Utusan Malaysia.

Keputusan tersebut telah dibuat oleh Majistret Jamaliah Abd. Manap selepas pihak mahkamah telah mendapati keputusan ujian air kencing tertuduh, Ng Pei Ven negatif, mahkamah juga mengarakan supaya wang jaminan berjumlah RM5,000 dipulangkan.

Bagaimanapun, perbicaraan dan pendakwaan sebenarnya tidak tamat di situ sahaja kerana pada 5 Julai pula, sebutan kes atas pertuduhan kedua iaitu memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian akan disebut semula.

Dalam kejadian sebelum ini, tertuduh yang juga model sambilan didakwa memandu melawan arus di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di sini sehingga terbabit dalam kemalangan yang membunuh seorang pemandu, Mohamad Fandi Rosli. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "