Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Kembar' Messi Kongsi Kisah Hampir Disumbat Dalam Lokap Polis Dan Agensi Berita Tersilap Guna Gambarnya Lapor Berita Sukan Eropah

9 Mei 2017
No Comment

Kerana memiliki wajah yang seiras dengan permain bola sepak terkenal, seorang lelaki daripada Iran ini bukan saja mampu meraih populariti tetapi hampir disumbat ke dalam lokap polis.

Menurut 'kembar' Messi berkenaan,  Reza Parastesh, 25, segalanya terjadi selepas kelibatnya ditepi jalan telah membuatkan lalu lintas sesak kerana ramai peminatnya mahu mengambil gambar selfie dengannya sehinggakan pihak polis terpaksa mengambil tindakan dengan membawanya ke balai polis.

Selain itu, apa yang menarik, kerana perbezaannya wajah yang tidak begitu ketara dengan bintang Barcelona dan Argentina tiu, sebuah stesen televisyen juga dilaporkan pernah tersalah siar gambar Reza di Twitter ketika melaporkan mengenai Messi.




Namanya mula dikenali bermula apabila bapa seorang pelajar di Iran memintanya untuk bergambar memakai jersi nombor 10 Barcelona dan dihantar ke laman sesawang sukan.

“Saya mengirimkannya pada satu malam dan di sebelah pagi mereka menghubungi saya untuk ditemubual,” katanya seperti dilaporkan AFP.

Reza yang memotong rambut dan penampilan gaya Messi itu pada mulanya agak keberatan namun akhirnya telah menerima pelawaan tersebut.

“Sekarang orang melihat saya sebagai Messi Iran dan mahu saya meniru apa yang beliau lakukan.

“Saya sangat gembira dapat membuat orang lain ceria dan kebahagiaan ini memberikan saya banyak tenaga,” dia dilaporkan berkata. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "