Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

10 Perisian Ini Yang Mana Jika Mahir Menggunakannya Boleh Dijadikan Sebagai Sumber Pendapatan

9 Mei 2017
No Comment
Foto: definitionsoftware

Jika dilihat pada masa kini, dengan kecanggihan teknologi, ramai di antara kita yang boleh menggunakan teknologi tersebut sebagai salah satu medium untuk menjana pendapatan.

Bukan itu sahaja, sekiranya kita mahir menggunakan perisian-perisian yang ada, banyak syarikat, atau orang perseorangan akan mula mencari kita, dengan tujuan untuk menggunakan kemahiran tersebut dalam memajukan perniagaan mereka.

Bagi mereka yang bijak mengambil peluang yang ada, sudah pasti mereka akan menerima bayaran yang setimpal di atas kemahiran yang dimiliki.

Menerusi perkongsian dari saudara Nik Mohd Iznan ini, terdapat beberapa perisian, yang mana jika kita mahir menggunakannya, ia boleh boelh dijadikan sebagai salah satu mata pencarian.

Perisian yang macam bagaimanakah itu? Mari kita ikuti perkongsian darinya untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Foto: industries

10 PERISIAN YANG BOLEH BUAT DUIT

Berikut saya kongsikan 10 perisian (software) yang mampu menjana kewangan kepada mereka yang pandai dan rajin dengannya. Sebenarnya ada beratus-ratus lagi. Cuma saya pilih untuk kongsikan yang 10 ini sahaja.

1. MIT App Inventor

Pernah buka Play Store? Apabila kita membuka Play Store dalam telefon pintar, pelbagai aplikasi yang boleh dimuat turun oleh pengguna. Antara tool yang boleh digunakan oleh membangunkan aplikasi android ini ialah MIT App Inventor.

Penggunaan MIT App Inventor ini adalah secara atas talian. Apa yang menarik, mereka yang tidak mahir programmer pun boleh belajar asas dan mampu membuat aplikasi sendiri.

Dan ya, MIT App Inventor ini adalah percuma. Cuma mungkin kena bayar pergi kursus belajar perisian ini untuk 2 hari.

Kenapa kalau pandai MIT App Inventor boleh buat duit? Sebab, kita boleh ambil upah untuk mereka yang berminat dengan sesebuah aplikasi android. Saya tidak tahu sangat kadar upahnya sebab setiap orang mengenakan kadar upah yang berbeza. Saya fikir, RM500 untuk sesebuah aplikasi mudah pun sudah berbaloi bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan aplikasi ini.

2. Visual Basic (VB)

Visual Basic merupakan antara bahasa pengaturcaraan komputer yang paling banyak digunakan di seluruh dunia selain C++. Menurut kawan saya yang pernah belajar sains komputer, ada lagi perisian terkini selain VB. Tapi apa yang saya hendak kongsi ialah, mereka yang pandai VB boleh buat duit.

Saya pernah dengar, ada pengaturcara komputer yang mengenakan caj ribuan malah puluhan ribu untuk mencipta sesebuah program.

Foto: adobe

3. Adobe (Photoshop, Ilustrator, Indesign)

Adobe Photoshop lebih kepada untuk mengedit gambar. Adobe Ilustrator pula boleh buat banner, bunting, logo, dan poster. Manakala Adobe Indesign pula untuk membuat susun atur teks sesebuah buku.

Sebenarnya, ada banyak lagi perisian yang boleh digunakan. Misalnya, untuk buat layout sesebuah buku boleh juga guna Microsoft Publisher atau XuarkXPress.

Upahnya memang lumayan.

Ada orang mengenakan caj RM300.00 atau RM500.00 untuk rekabentuk sesebuah buku.

Kadar upah susun atur sesebuah buku bersaiz A5 pula sekitar RM5.00 untuk satu muka surat. Katakan sebuah buku dengan tebal 150 muka surat, sudah pasti upah RM750 dalam tangan.

Malah, ada juga yang menjana duit sampingan dengan mengambil upah buat banner. Contohnya untuk banner yang dengan saiz 5 x 10 kaki = 50 kaki persegi.

Upah rekabentuk: RM50.00
Cetak: RM2.00 x 50 kaki persegi = RM100.00
JUMLAH = RM150.00

Modal:
Pereka boleh mendapat harga yang murah di kedai sebagai orang tengah. Saya pernah dapat harga RM1.20 sekaki. Malah, pernah jumpa kedai yang dapat memberi harga RM0.90 sekaki. Kita ambil contoh RM1.20 sekaki

RM1.20 x 50 = RM60.00

Jadi berapakan keuntungan yang diperolehi?

RM150.00 - RM60.00 = RM90.00

4. Chart Nexus

Ramai yang tidak tahu, Bursa Malaysia (dahulu dikenali dengan nama Bursa Saham Kuala Lumpur / BSKL) merupakan antara lubuk yang menjanjikan pulangan lumayan.

Tidak susah sebenarnya hendak melabur. Pertama, cuma perlu buka akaun CDS dengan mana-mana broker. Misalnya Maybank Invenstment, CIMB Investment, Kenanga, Malacca Securities dan banyak lagi.

Kos untuk buka akaun CDS cuma RM10.60 sahaja. Kemudian boleh mula membeli dan menjual saham di Bursa Malaysia.

Perisian Chart Nexus merupakan antara perisian yang paling banyak digunakan oleh pelabur untuk membuat analisis teknikal (TA). Malah, ada pelabur yang hanya bergantung sepenuhnya dengan TA tanpa tahu pun analisis fundamental (FA).

Chart Nexus memberi analisis 'candle stick' untuk beberapa analisis seperti support, resistant, bila boleh beli, bila boleh jual dan sebagainya.

Jadi berapa keuntungan yang boleh dapat?

Ada yang untung sehingga 100% sehari. Dengan kata lain, modal RM100K dapat untung 200K.

Ada yang untung cuma 7% untuk 3 hari. Ada yang untung 14% dalam masa 3 jam. Pada saya, kalau dapat untung sekitar 10% sebulan pun sudah berbaloi.

Kalau mahu buat duit dengan Bursa Malaysia, pergilah mana-mana kelas yang mengajar Chart Nexus. Harga kursus macam-macam. Ada yang cuma RM350.00 satu hari. Ada yang RM500.00 satu hari. Ada yang RM900 satu hari. Ada yang RM1499 satu hari. Malah ada yang RM4000.00.

Jadi apa lagi? Rugilah kalau tidak tahu.

Foto: cursos

5. Google Sketch Up

Google Stech Up merupakan perisian untuk membuat objek 3D. Boleh buat macam-macam dengan Sketch Up. Saya dimaklumkan, ada orang yang sanggup membayar RM5000 untuk melihat gambar 3D rumahnya.

Untung kalau pandai Skecth up.

6. Microsoft Frontpage

Upah buat laman web memang lumayan.
Ribuan ringgit juga. Microsoft Front Page merupakan antara perisian yang boleh buat laman web.

Boleh belajar buat perisian lain seperti Dreamweaver. Menariknya, kalau tidak ada asas HTML pun boleh belajar.

Dapat upah RM3000 rasanya sudah boleh goyang kepala.

7. Sony Vegas

Sebenarnya banyak lagi perisian yang boleh digunakan untuk edit video selain Sony Vegas. Antaranya ialah Kate's Video Toolkit, CineFX Jashaka, dan banyak lagi (boleh google).

Upah buat video memang lumayan. Saya pernah dengar, ada syarikat mengenakan bayaran mencecah RM60K untuk buat video montaj dengan durasi 6 minit. Tapi video yang dibuat adalah video profesional. Bukan yang macam budak-budak buat.

Foto: gezginler

8. AutoCADD

AutoCADD banyak digunakan oleh sektor kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik untuk lukisan 2D. Kadar upah pun lumayan.

Untuk melukis sebuah rumah banglo 2 tingkat dengan keluasan 2500 kaki persegi, anggaran upah ialah sekitar RM5000.00.

Dapat siapkan 3 pelan rumah sebulan pun sudah ok. Dapatlah RM15,000.00.

Dapat RM15,000, habiskan RM1,000 pergi belajar Chart Nexus. Baki buat melabur di Bursa Malaysia.

9. Autodesk Revit Arhitecture

Apa kelebihan Revit berbanding AutoCADD? Revit boleh buat lukisan 3D. Perisian ini banyak digunakan dalam sektor pembinaan. Terutama dalam konteks Building Information Modelling (BIM).

Kos hendak belajar Revit memang mahal. Malah, ada yang sanggup membelanjakan lebih RM20K untuk pergi kursus selama 3 bulan. Tapi, pulangan memang lumayan.

10. SPSS, AMOS

SPSS banyak digunakan untuk analisis data hasil soal selidik. Kos pergi kursus SPSS sekitar RM500 untuk dua hari.

Ada orang ambil upah RM5.00 untuk memasukkan data dalam dalam SPSS.

Katakan untuk sebuah kajian yang memerlukan 200 responden. Maka, RM5.00 x 200 responden = RM1,000.

Itu belum lagi upah untuk analisis.

Begitu juga dengan perisian AMOS dan beberapa lagi perisian untuk analisis data.

Malah, saya pernah dengar ada orang yang mengenakan upah RM5,000 untuk analisis data AMOS.

------------------------------
Demikian perkongsian.

Dalam konteks perkembangan komputer, mempelajari dan mahir sesebuah perisian adalah nilai tambah (value added) kepada seseorang.

Disclaimer: Bayaran yang dikenakan berdasarkan kemahiran terhadap satu-satu perisian adalah berbeza mengikut individu atau pengalaman menggunakan perisian tersebut, ianya bukanlah tepat 100% seperti yang dinyatakan. Perkongsian ini adalah sebagai rujukan, jika ada yang mempunyai kemahiran perisian tertentu, dan ingin digunakan untuk menjana pendapatan.

- Siakap Keli

BACA: Pikat Hati Bakal Majikan Anda, Dengan 9 Kemahiran Yang Boleh Menambah ‘Merit’ Pada ‘Resume’ Anda
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "