Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bayi Gergasi: Ibu di New Zealand Lahirkan Bayi Seberat 7.39KG, Orang Ramai Menggelarnya 'Jonah Lomu' Seterusnya

10 Mei 2017


Seorang ibu di New Zealand telah berjaya melahirkan seorang bayi gergasi seberat 7.39KG dan sepanjang 57cm.

Berat bayi berkenaan sekali ganda lebih berat dari kebanyakan bayi di Malaysia dan sudah muat untuk memakai baju untuk bayi enam bulan.

Menurut DailyMail, bayi berkenaan dilahirkan di bahagian cesarean di hospital Wellington pada Isnin.

Ibu bapa bayi tersebut - yang enggan dikenali - berkata mereka terkejut dengan saiz bayi mereka yang sihat itu.

"Kami sendiri bukannya (dari baka) tinggi, jadi kami tak tahu dari mana saiz itu datang," kata bapa bayi itu kepada Stuff.co.nz.

Menurutnya lagi, orang ramai sudah meramalkan bayi itu akan menjadi bintang sukan namun dia mempunyai impian lain untuk anaknya itu.

"Orang ramai memanggilnya 'Jonah Lomu' seterusnya," kata bapa merujuk kepada seorang pemain ragbi pasukan All Black.

"Tapi kami fikir dia akan jadi seorang pemain piano."

Rekod bayi terberat adalah kepunyaan seorang bayi Kanada yang lahir dengan berat 10.68KG dan sepanjang 76.2cm pada 1897.

Sumber: DMStuff.co.nz
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "