Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Kuda Nakal Tak Pasal-Pasal Pergi Serang Buaya Sedang Berehat, Kena Gigit Satu Das

13 Apr 2017
No Comment

Tanpa sebarang sebab, seekor kuda secara tiba-tiba menyerang seekor buaya yang sedang tenang berehat dibawah terik matahari. Bunyi macam tak logik kan? Tapi itulah yang berlaku Gainesville, Florida dan detika itu berjaya dirakam oleh orang ramai dikawasan terbabit.

Video terbabit dikongsi oleh Krystal Berry pada Rabu dan dimuat naik juga kepada laman Storyful sebelum menjadi viral di media sosial seterusnya menimbulkan tanda tanya kepada penonton.

Orang ramai di sekitar kawasan itu jelas terkejut dengan serangan terbabit dan menzahirkan perasaan risau untuk kedua-dua haiwan itu.

"Saya tak lihat sebarang kesan cedera teruk pada buaya dan kuda itu, tapi saya ada hubungi pihak berkaitan," kata Berry, 31.

"Mereka ada menghantar seseorang, tapi saya tidak tahu apa yang terjadi selepas itu." kata Berry lagi.

Rakaman kejadian menunjukkan kuda nakal terbabit bergerak ke arah buaya terbabit sebelum mula menyepak dan menghentak badan buaya itu.

Buaya itu sempat meninggalkan satu gigitan pada kuda nakal tersebut sebelum pergi ke seberang jalan.

Mungkin buaya tu gelar 'mak kau hijau' kat kuda tu kot. Sebab tu menggelupur dia marah.

Sumber: DM
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "