Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tidak Punya Alasan Walau Bergaji Kecil, Cara Ini Boleh Dilakukan Untuk Menjana Pendapatan, Punyai Simpanan & Miliki Rumah

14 Apr 2017
No Comment

Dalam membuat kira-kira untuk pengurusan kewangan, sememangnya banyak yang berkongsi untuk mereka yang bergaji lebih dari RM2k ke atas, tapi, bagaimana pula mereka yang bergaji kecil, masih adakah peluang untuk membuat simpanan, atau mempunyai rumah.

Sebenarnya, tidak kira berapa yang kita perolehi, anda masih lagi boleh mengurus kewangan dengan baik, dan mungkin juga boleh membeli rumah pertama.

BACA: Endahkan Stigma Masyarakat Terhadap Gaji Kecil, Gadis Ini Buktikan Walaupun Bergaji RM1,400 Dia Mampu Membeli Rumah ‘Low Cost’ Bernilai RM110k

Perancangan kewangan yang baik, menjadi salah satu faktor untuk ianya tercapai. Menerusi perkongsian dari seorang gadis, iaitu saudari Syafieqah A’lya ini, walaupun bergaji kecil, ada caranya yang kita boleh lakukan untuk mempunyai simpanan lebihan.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Gaji kecil bukan alasan

Ramai di antara kita masih bergaji bawah RM2000, tak perlu tanya kat orang lain diri saya sendiri juga dahulunya bermula dengan gaji basic RM1,600 pada usia 21 tahun waktu itu.

Kewangan diri boleh berkembang jika di uruskan dengan baik kadang kala ada juga yang main langgar tak ikut plan asal.

Rezeki bukan datang masa kita inginkan nya, ia datang tanpa kita duga alhamdulillah

Saya share ilustrasi yang boleh dipraktikkan oleh orang lain :

Gaji bersih RM1,600

Komitmen :
- Kereta RM400
- Minyak dan toll RM300
- Takaful RM80
- Ptptn RM150
- Sewa bilik RM250
- Duit belanja parents RM100

Jumlah RM1280
Balance tinggal RM320


Macam mana nak simpan? Duit pun tinggal cukup-cukup makan kadang-kadang tak cukup pun. Ada yang terpaksa pinjam duit kawan.

Apa cara yang boleh di lakukan adalah :

1. Pendapatan tambahan

Cari tambahan income kedua. Tak ramai orang boleh buat tapi ramai orang sanggup buat jika kena dengan jiwa mereka

Contoh anda buat part time drive uber selepas waktu bekerja, buat cowayy, dexandraa, dropship, agent jual rumah, kereta, kerja admin dan macam-macam pekerjaan yang boleh dilakukan. Kerja perlu dicari bukan pasrah menunggu kerja datang kat kita.

Apabila anda sudah stable dengan pekerjaan kedua, sebagai contoh anda menerima income kedua sebanyak lebih kurang RM1,500 sebulan. Banyak kan? Ianya banyak jika tidak boros dibelanjakan.

Gaji bersih RM1,600 + Pendapatan kedua RM1,500 = RM3,100 ✔️
Jika ditolak dengan komitmen sedia ada RM3,100 - RM1,280 = Jumlah RM1,820

2. 'Force saving'

Mula lakukan force saving pertama anda, iaitu apply ASBF RM150K dengan bulanan RM823 (tanpa takaful) selama tempoh 30 tahun. Gunakan teknik compounding iaitu tak usik dividen selama 3 tahun contoh nya jika anda batalkan pinjaman anda.

*kadar dividen berdasarkan 6.75%

Hasilnya :

Baki prinsipal RM150K - RM143,249 = RM6,751
Compounding dividen = RM32,471
Jumlah = RM39,222 ✔️


3. 'Convert'

Dengan ada income bersih anda sebanyak RM1,820. Anda convert RM823 kepada ASBF sebanyak RM150K (seperti di atas no 2). Maka anda ada lebihan RM1,000. Lebih banyak kan berbanding income bersih sebelum ini adalah RM320.


4. Menabung

Anda mula uruskan dengan baik. Di mana anda perlu juga cipta tabung kecemasan, tabung kahwin dan lain-lain keperluan mengikut situasi anda. Diversified simpanan dan pelaburan untuk kurangkan risiko.

Apa jenis pelaburan yang boleh di lakukan selain dari ASBF :

Unit trust
Emas
Saham
Property

*semuanya mempunyai risiko tersendiri

5. Mula beli rumah pertama

Apa nak buat dengan RM39,222 ini? Anda gunakan untuk beli rumah pertama sebagai deposit. Sebagai contoh anda mula cari rumah subsale berharga RM100K, anda perlukan deposit 10% + 3% others fee. Bayaran bulanan ini sebanyak RM500. 

Jadi kan rumah ini sebagai pelaburan pertama dengan menyewakan mengikut bilik secara fully furnished. Maka anda boleh sewa kan dalam RM800 (ikut pada pasaran sewa kawasan sekitar). Anda ada baki lebih kurang RM26,222.

*kaji kawasan pelaburan dan rate sewa kawasan tersebut sebelum membeli


6. Boleh beli rumah kedua

Rumah yang disewakan buat sekali dengan tenancy agreement dan tally kan dengan statement. Cukup 6 bulan, anda beli rumah kedua untuk duduk sendiri pula. Tenancy agreement yang di matikan stem boleh di gunakan sebagai income.

Rumah kedua cari pula rumah subsale harga range lebih kurang RM200K. Bulanan bayaran adalah 1,010. Anda hanya perlu commit untuk bayaran rumah kedua, manakala rumah pertama tadi telah dibayar oleh penyewa.

7. Alam perkahwinan

Waktu ni boleh dah mula usha jodoh. Tapi jangan bagitau dia anda dah ada dua buah rumah. Biar mereka nampak anda biasa-biasa je. At least anda tahu mereka sayang diri anda seadanya.

Selepas berkahwin, cuit tangan isteri. Bagitau kat dia. 'Lama dah saya tunggu 'jodoh' @ awak datang dalam hidup saya. Ini kunci rumah kita. Lepas ini kita plan lagi kewangan untuk keluarga secara long term pula ok'. Waktu ini lakukan bersama pasangan. Mesti best kan.

Realitinya ia tidak semudah yang kita sangka kan. Kita hanya mampu merancang selebihnya Tuhan tentukan.

Sekadar berkongsi
Betul kan jika saya salah

- Siakap Keli

BACA: 7 Cara Ini Boleh Dilakukan Dalam Mengajar Pasangan Anda Untuk Mengurus Kewangan Dengan Baik
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "