Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mufti Setuju Cukai GST Yang Dilaksanakan Ketika Ini Adalah Haram

29 Apr 2017
2 ulasan

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan kini telah menimbulkan pelbagai masalah dan menambah beban kepada rakyat terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah, lapor Sinar Harian.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dalam satu kenyataan telah menyokong yang perlaksanaan cukai GST oleh kerajaan ini adalah Haram.

Ini kerana menurut beliau sebarang tindakan dan polisi membebankan serta menganiayai rakyat kerana bercanggah dengan nilai keadilan yang dikehendaki Islam seperti diperintahkan oleh ALLAH SWT kepada kerajaan untuk menegakkannya.

“Seperti yang semua sedia maklum, memang kita sering mendengar rungutan terhadap sistem percukaian sedemikian (GST) sejak awal ia diperkenalkan lagi.

“Secara umum, saya bersetuju. GST seperti dilaksanakan pihak kerajaan telah menimbulkan masalah dan menyukarkan kehidupan golongan berpendapatan kecil,” katanya.

Oleh itu, Wan Salim berkata, dari perspektif Islam, cukai tidak harus dikenakan ke atas golongan miskin dan berpendapatan rendah.

“Sebaliknya, antara tujuan cukai dipungut ialah untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat jelata yang memerlukannya, di samping melaksanakan pembangunan negara dalam pelbagai sektor,” katanya.

Beliau juga mencadangkan agar pelaksanaan GST dapat dikaji semula supaya ia lebih adil dan tidak membebankan golongan berpendapatan kecil di mana cukai seperti itu sepatutnya dihadkan hanya kepada golongan kaya, termasuk syarikat-syarikat korporat.

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria juga menegaskan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak sewajarnya dikenakan kepada rakyat negara ini berikutan kaedah tersebut hanya membebankan.

"Kaedah pencukaian sebenarnya tidak wujud dalam hukum syarak dan kerajaan tidak sewajarnya mengenakan GST kepada rakyat yang terbeban dengan pelaksanaan itu bagi memberi keuntungan kepada negara.

“Walaupun ia menguntungkan kerajaan, namun ia telah membebankan rakyat dan kaedahnya adalah tidak kena,” katanya.

Beliau turut menyokong yang perlaksanakan GST ini hanya dikenakan kepada peniaga tanpa melibatkan rakyat negara ini.

“Jika nak laksanakan GST, sewajarnya ia dikenakan kepada golongan peniaga dan usahawan.

“Jangan kenakan kepada pembeli kerana mereka akan semakin terbeban dengan pelaksanaan oleh kerajaan ini,” katanya.

Semalam, Dewan Ulamak Pas melalui ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, GST perlu dihapuskan kerana kaedah pencukaiannya adalah haram dan tidak menepati syariat Islam. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Pas tak payah bising,masa di parlimen hangpa dok berkecuali...Dok hingaq kot luaq saja.

    BalasPadam
  2. setuju... mmg haram.. menyusahkan rakyat... cukai! cukai! cukai! cukai....

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "