Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bukan Admin Group WhatsApp Saja, Ahli Group Pun Sama

28 Apr 2017

Cyberjaya - Siasatan akan dijalankan sekiranya terdapat aduan terhadap kandungan yang disebarkan dalam mana-mana kumpulan aplikasi chat sosial seperti WhatsApp, Wechat, Viber dan Telegram, kata SKMM.

SKMM dalam satu kenyataan berkata, perbualan dalam mana-mana kumpulan itu adalah bersifat persendirian namun adalah menjadi kesalahan bagi seseorang untuk menggunakan perkhidmatan aplikasi itu bagi membuat dan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan dan cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.

Suruhanjaya itu berkata, siasatan tidak akan membezakan antara pentadbir dan anggota kumpulan.

Justeru,  pentadbir aplikasi atau anggota kumpulan diingatkan agar berwaspada dalam menyebarkan maklumat dalam kumpulan masing-masing supaya tidak terjadi kes penyebaran maklumat palsu.

"Perlu ditekankan bahawa mana-mana siasatan tidak akan membezakan di antara pentadbir dan ahli kumpulan. Jika pentadbir atau mana-mana ahli kumpulan didapati menyebarkan maklumat palsu, maka tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka. 

"Berdasarkan fakta, bukti dan perlakuan, seorang pentadbir mungkin dipertanggungjawabkan dalam keadaan seperti berikut;

a) Apabila pentadbir sendiri membuat komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain, yang merupakan kesalahan di bawah seksyen 233 AKM 1998;

b) Apabila pentadbir, walau pun dengan sendirinya tidak membuat komen tersebut, meminta komen sedemikian daripada yang lain;

c) Apabila pentadbir membantu, melalui hasutan, mana-mana orang lain dalam kumpulan untuk membuat komen tersebut;

d) Apabila pentadbir menghalang siasatan terhadap komen sedemikian oleh mana-mana agensi penguatkuasaan.

​​​Penyebaran maklumat palsu merupakan kesalahan di bawah undang-undang Malaysia termasuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, katanya.

Sumber: FB SKMM
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "