"Jangan Gunakan Filter & Ambil Gambar Sejam Selepas Matahari Terbit" - Jurufoto Ini Pernah Dibayar RM40,000 Untuk Sekeping Foto & Kini Dia Berkongsi Tips Ambil Gambar Cantik
Jack Morris, 26, dan kekasih, Lauren Bullen, 24, bertemu pada Mac 2016 ketika sedang mengembara di Fiji.
Sejak dari itu, pasangan terbabit bersama-sama mengembara sebagai blogger travel dan telah melawat 45 buah negara bersama-sama. Dan, mereka memperoleh pendapatan enam angka setiap bulan untuk gambar-gambar yang cantik.
Dan kini, Jack, dari Manchester, mendedahkan tip paling berguna bagaimana dia dan kekasih mengambil gambar memukau.
"Di kebanyakan masa, kami suka mengambil foto sejam selepas matahari terbit. Kawasan yang sibuk tidak biasanya masih belum sibuk ketika ini," tulisnya di blog Do You Travel.
Jack juga berkata dia mengelak dari menggunakan filter instagram dan selalu mengambil masa untuk memastikan gambar-gambarnya tepat.
"Saya edit semua gambar saya dengan cara yang sama menggunakan preset Lightroom dan saya rasa itu mungkin sebabnya mereka kelihatan hampir sama. Saya juga cuba merancang untuk foto seterusnya supaya ia kena dengan isi kandungan Instagram saya yang terbaru." katanya.
"Saya tak gunakan sebarang aplikasi telefon atau filter, saya cuma mengedit foto saya menggunakan Lightroom di Macbook Pro. Jika foto saya kelihatan sedikit gelap, saya kadang-kadang memanipulasinya menggunakan editor pre-post di Instagram.
Jack juga mendedahkan dia dan Lauren mengambil semua foto mereka sendiri dan mana-mana foto mereka bersama diambil menggunakan tripod dengan alat kawalan masa.
Kini, pasangan itu mempunyai tiga juta pengikut di Instagram dan memperoleh beribu-ribu dollar untuk setiap post berbayar di media sosial itu.
Jack berkata, dia dan Lauren tidak akan mengambil kurang dari $3,000 (RM 13,000) untuk setiap post.
Paling mahal, Jack pernah dibayar sebanyak $9,000 (RM40,000) untuk sekeping foto.
Sumber: hellomagazine.com