Pasti ramai antara kita ingin ke Tanah Suci samada untuk menunaikan ibadah haji ataupun mengejakan umrah, tetapi kos yang agak mahal membuatkan ramai yang menangguhkannya dahulu.
Kos biasa untuk mengerjakan umrah adalah sekitar RM6,000 hingga RM10,000 dan mungkin lebih tinggi untuk pakej VIP atau ekslusif Ramadhan.
Sebenarnya bagi mereka yang ingin pergi bersama keluarga, anda sebenarnya boleh jimatkan kos untuk ke sana termasuk ke Mekah dan Madinah, iaitu dengan pergi sendiri dengan kos separuh lebih murah dari harga yang ditawarkan untuk pakej.
Jom baca perkongsian Puan Eida Hidayati Hassan, dia telah pergi mengerjakan umrah D.I.Y dengan kos lebih murah tetapi tinggal di sana selama 10 hari,kemudahan yang dinikmatinya seperti pakej VIP termasuk hotel, dan yang paling penting anda bebas untuk bergerak tanpa ada jadual yang ditetapkan.
[TIPS UMRAH DIY ALA ALA VIP DENGAN HARGA LEBIH MURAH
Apa yang perlu uols buat untuk join UMRAH DIY...
Lebih jimat , lebih masa dan lebih selesa kerana uols yang tentukan sendiri .
Harga juga sangat jimat dan yang penting sekali keselesaan kita membawa anak anak kecil atau orang tua tanpa menganggu masa orang lain. Ehhh macam privacy gitu... faham kan ..
Uols boleh follow apa yang #kakpwinsess buat.
Kos kasar umrah kak pwinsess dalam RM4000++ seorang sahaja namun.... kak pwinsess pernah pergi bersama travel agent pada tahun 2015 berharga 8k/1 orang.
Kak pwinsess try try Ber D.I.Y pada tahun ini dan alhamdulillah sangat sangat memuaskan hati.
Hotel dekat masjid, transport kereta khas untuk kami dan ala ala VIP gitu.. alhamdulillah.
Kelebihan UMRAH DIY
1. Boleh pilih masa sendiri
2. Boleh bebas nak lakukan aktiviti apa dulu
3. Boleh pilih hotel dekat masjid dengan harga yang murah. ( rajin google )
4. Boleh pilih penerbangan time offer tanpa fikir apa apa ( masa murah jer terus sambar)
5. Lebih selesa kerana kita kita aja..
6. Bilik tak share dengan orang lain, family family kita sahaja..
7. Harga lebih jimat
8. Boleh datang ramai ramai sebab harga berpatutan, anak anak tu bayar tiket flight ja, bilik sharing la..
9. Mudah ja , banyak org malaysia disana. So tak rasa takut, pakistan, bangladesh bisnes kat sana pandai cakap melayu. Arab pon pandai cakap melayu. Tak tahu tanya.
10. Apply visa dalam masa seminggu ja..
11. Sangat sesuai bawa orang tua , kanak kanak dan orang uzur tanpa menganggu aktiviti orang lain.
12. Kereta ada driver untuk bawa anda sepanjang disana. Tak perlu naik bas.
Kak pwinsess study umrah DIY di fb dan telegram selama sebulan dan membuat keputusan terus untuk pergi. Ini cara - caranya seperti digambar.
Kak pwinsess share cara cara dulu ya, next kak pwinsess share pula pengalaman umrah DIY.
Baca di gambar untuk tengok step by step.
1. Book flight...Kak pwinsess pilih Air Asia masa offer :)
Book time free... tak kira la air asia ka..MAS ke..saudi ka..yang murah ja book cepat2.
Pic masa sampai di airport Jeddah, turun flight , naik bas untuk ke balai ketibaan :)
Alhamdulillah .
Abang , kak pwinsess , suami dan raiyan.rizqy dok layan pemandangan tepi tingkap kot ..
Bawa anak anak kena ada aktiviti la... boring dalam flight.
Bawa buku mewarna dan colour colour.
2) Book hotel di Makkah
Kak pwinsess guna traveloka sebab paling murah dari page lain.
Hotel hilton suites makkah pilihan kak pwinsess sebab dekat masjid, turun hotel depan dah pintu masuk masjidil haram
Kelengkapan bilik
1. Ada satu bilik ( king size ) muat kak pwinsess , suami dan anak anak.
2. Ada ruang menonton tv.ada sofa ( abg kak pwinsess tidur sini ). Ada bantal extra diberi
3. Ada 3 almari baju . Boleh ambil sorang satu.
4. Ada dapur boleh masak
5. Toilet
6. Boleh request wheelchair percuma untuk digunakan sepanjang disana
7. Ada service dobi
8. Hotel dalam supermarket. So turun ja msk supermarket ada kedai makan di tingkat 4.
Sini tempat makan kami.
PS: nak murah lagi boleh pilih hotel jauh sikit. Ada murah murah juga.
Ni keadaan bilik yang ditempah, selesakan
Ni ruang tamu..eh kalau mai ramai lagi boleh 3 orang tidur sini.. sini abang kak pwinsess konker kat dia sorang.
2. Lepas book hotel makkah..book hotel madinah pula.
Guna traveloka juga...
Hotel majlis grand mercure medina depan gate 16 .
Turun lobi terus gate 16.
Dekat sangat ..senang ulang alik.
Bilik 3 katil single :)
PS: hotel murah lagi pon ada. Tapi jauh sikit kena jalan.
Ni keadaan bilik di Madinah.. selesa
Ok step ke 3B adalah buat VISA.
a. jika bawa isteri kena ada salinan surat nikah yang dicop oleh pejabat agama.
Kalau lelaki sahaja pergi..tak perlu apa apa salinan.
b. bawa anak anak kena salinan surat beranak yang dicop JPN...Kalau tak bawa anak anak ..tak payah la apply.
DEWASA RM200
KANAK KANAK RM100
E) Snap gambar berukuran passport 4 keping
Background putih
RM10 ( 4 KEPING )
Lelaki - baju berkolar / hitam / tak boleh pakai songkok dan topi
Perempuan - tudung hitam atau gelap
Ok siap step 3 semua, kita ke step 4
Document document ini hendaklah di hantar kepada travel agent yang boleh apply VISA buat anda.
Boleh guna emel dan postage bagi yang jauh. Kalau dekat pergi jumpa dan bagi je
Step ke 5
Bila semua document ada di tangan travel agent, beliau akan bawa untuk di buat MOFA di wisma putra. Kalau dekat.pergi buat sendiri, Kak pwinsess jauh. Upah runner RM50 ( untuk semua visa )
Bila siap MOFA baru boleh apply VISA.
Step ke 6
Ha siap dah VISA, RM350 Per person.
Bila siap visa, travel agent akan pos kepada kita. So get ready.... nak nombor travel agent yang kak pwinsess buatkan.. Pm Farhana Sairuji
Bagi code : kak pwinsess rekemen..hehe
Step ke 7
Yang ini wajib ambil sesiap pakej ni. Supaya sampai sana tak kena tipu dan tak rugi duit dan masa.
Kak pwinsess ambil kereta muat 3 dewasa dan 2 kanak kanak. Ada driver.
Perjalanan
1. Airport jeddah ke makkah
2. Bawa ziarah di kawasan makkah
3. Makkah ke madinah
4. Bawa ziarah di madinah
5. Madinah ke airport jeddah
SAR 2300 untuk 10 hari disana.
So sampai sana tak payah fikir dah ada orang bawa kita ke mana mana tanpa risau nak cari transport.
Ada ustaz pattani yang akan call tanya khabar hari hari disana dan uruskan masa transport kita nak guna
Ok settle....siap dah ..
Mudah ja kan..
PS: ni ambil pakej kat travel agent yang urus VISA tu.
Kereta ni kami naik...muat 3 dewasa, 2 kanak kanak, bonet besar muat 3 beg besar , 1 beg kecil , 2 beg galas backpacker, 1 twin stroller dan 2 beg kanak kanak.
PERSIAPAN LAIN
Persiapan lain pula.
1. Beli makanan atas flight sesiap tau pergi dan balik.
3. Ambil insurans dalam flight tau..Penting
Malang tak berbau siapa tahu, janji kita get ready sesiap atleast ada claims dan insurans.
Kita hanya merancang, allah tentukan.
4. Insurans perjalanan pon penting ambil, dalam rm30++ sorang . Apply di website takaful ikhlas sahaja. Insurans ni digunakan sepanjang uols berada di tanah suci. Bukan apa, if jadi apa apa kat uols, uolss ada insurans yang boleh bantu uols disana.
5. Buat nametag...Memang pergi sendiri..Pentingnya kerana
1. Passport kita tinggal dalam peti besi dalam bilik hotel, kalau bawa takut tercicir, nanti susah nak balik..hehe
So nametag ni fungsi mcm ic kita di badan.
2. Kalau jadi kemalangan.. ada no family disitu. Ada details kita semua, senang orang yang nak tolong tu rujuk.
3. Kalau kita sesat. Ada no hotel dan mudah kita nak cari hotel dengan tanya orang.
Butiran perlu ada di nametag
1. Nama penuh
2. No passport
3. Tarikh berada disana contoh 20-31/3/2017
4. No tel sendiri
5. No tel saudara di malaysia
6. Nama negara MALAYSIA
7. Nama dan no hotel di Makkah
8. Nama dan no hotel di Madinah
9. Gambar anda
Ehhh 2 orang ni kerja angkut air zam zam ja... banyak dan percuma ..seronok depa..
Ok ni cerita ringkass.. harap membantu ya..Lepas baca tu...
Wajib lah #SHARE tanda anda pon tak lama lagi akan ke tanah suci bersama keluarga dengan budget murah namun bertaraf VIP, mudah mudahan ramai tahu dan mudahkan ramai lagi ke tanah suci. - Eida Hidayati Hassan
- Siakapkeli.my