Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Api Bila Disimbah Minyak Makin Besarlah Jadinya, Sebab Itu, Ibu Bapa Boleh Cuba Gunakan Cara Ini Untuk Kawal Kemarahan Diri Juga Anak-Anak Agar Tidak Berlarutan

16 Apr 2017
No Comment

Ada ketikanya, sebagai ibu bapa pasti akan berhadapan dengan anak yang tiba-tiba sahaja mengamuk, atau marah-marah, dan tanpa sedar, kita juga turut sama memarahi mereka, tanpa usul periksa.

Situasi sebegini boleh berlaku kepada siapa sahaja, dan ia kadang kala menyebabkan kita, sebagai ibu bapa terlupa, atau untuk selidik terlebih dahulu mengapa anak-anak mula untuk marah-marah.

Mungkin ada caranya, bagaimana untuk ibu bapa, juga anak-anak kawal kemarahan, supaya dapat selesaikan permasalahan dengan lebih baik. Menerusi perkongsian dari Puan Nurul Shida Saari ini, cara yang digunakannya bersama anaknya ini sedikit sebanyak membantu dalam mengawal kemarahan.

Mari kita ikuti lihat apakah cara yang boleh digunakan ini.


Hari tu kan, masa fullmoon mama ada cerita pasal harraz tak stabil emosi kan. Lepas dah heart to heart dengan dia, dapat tahu dia pun tak faham kenapa lately dia asyik marah-marah, sensitif amat & menbentak-bentak. Jadi, lepas mama acknowledge fasa dia tu, kami sama-sama cari jalan penyelesaian kepada masalah tu.

Penyelesaiannya? Begini. Kami deal untuk kawal marah masing-masing sebab bila harraz begitu, mama tak sabar dan akan marah-marah jugak. So tak sihat & tak OK kalau lama-lama begitu. Boleh cedera emosi kedua-duanya.

Penyelesaian yang kami setuju macam ni:

1) Bila marah, tarik nafas dalam-dalam & hembus perlahan-lahan. Buat beberapa kali sampai rasa tenang.


2) Istighfar banyak-banyak kali.

3) Divert marah tu kepada cerita benda best, harraz request cerita pasal Allah (ni ada sebab dia).

Ok. Deep breath ni tujuan nak bagi oksigen lebih kepada otak. Bila marah, kita biasa tak tenang & tak dapat berfikir dengan baik. Bila kita bagi oksigen lebih pada otak, insyallah otak boleh berfungsi dengan lebih efisien, jadi boleh kawal marah. Ni logik akal mama lah kan.

Istighfar. Kita semua tahu makna istighfar kita memohon ampun dari Allah. Kita pendosa, bila marah, syaitan suka cucuk-cucuk kan. Bila istighfar, kita rasa rendah hati sebab nak mohon ampun kan. Dari Allah pulak tu. Ianya jugak macam suis yang kita On untuk kembali kepadaNya. Syaitan pun tak mampu nak cucuk kalau kita dah surrender to Allah.

Divert marah tu pada benda lain. Dulu masa harraz kecik baya-baya hareez, kalau dia tantrum, kami cepat-cepat divert ke benda lain. Bagi mainan ke, makanan ke, tunjuk cat ke dog ke. Benda yang dia suka. Tapi bila dia dah besar, dah pandai mengekspresi marah tu, semua tu dah tak jalan. 

Jadi, kita divert dengan cara bercakap pasal benda lain. Request dia untuk bercakap pasal Allah tu sebenarnya kebetulan (sebenarnya ilham dari Allah, bak kata sahabat saya, tak ada yang kebetulan semua dari Dia). Ceritanya, kami dalam kereta, harraz tanya pasal syurga (topik favourite dia).

Harraz: Mama, nanti kat syurga, harraz boleh buat tak robot yang ada otak boleh berfikir macam manusia. Yang lagi hebat dari cerita Avengers tu.

Mama: Boleh la. Allah kan hebat, ironman yang cipta robot tu tak hebat sangat sebab dia pun tak boleh kawal kan robot dia cipta tu. Nanti kat syurga harraz boleh mintak apa-apa je kat Allah. Allah sayang harraz sebab tu Dia bagi segalanya.

Diam, berfikir kejap.

Harraz:
Mama, harraz rasa seronok la cerita pasal Allah. Nanti, kalau harraz marah-marah lagi, mama cerita pasal Allah tau. Mesti harraz tak marah dah. *senyum*


Jadi, sebab tu lah mama masukkan dalam perjanjian kami tu. Dan yang buat mama lega & gembira, Alhamdulillah lepas apply step 1-3 tu, memang marah harraz terkawal. Bila dia marah, mama bagi dia ruang lepaskan dulu marah dia & tanya punca. Lepas tu apply step 1-3. Ya Allah rasa nak melompat bila dia berjaya bertenang & kembali senyum lepas episod marah-marah tu.

Kadang-kadang, tak sempat suruh buat, dia cepat-cepat deep breathing, istighfar. Sekali dengan hareez mengikut. Cuma dia komplen tadi mama tak cerita pasal Allah masa dia marah, sebab mama leka dengan hareez.

Sebenarnya, bila kami sama-sama praktik step 1-3 tu, mama sekali boleh kawal marah & boleh waras nak handle dia marah. Terima kasih harraz, sebab ajar mama cuba untuk jadi ibu yang lebih baik setiap hari. Malu pada harraz sebab mama yang tua ni pun selalu gagal tahan marah. Terima kasih Allah for your gift. Malu sebab rasa tak layak. Semoga Allah kurniakan kita anak-anak soleh penyejuk mata & hati, insyallah.

Nota kaki: Pada kawan-kawan yang tengah struggle nak handle anak-anak marah tak tentu pasal, maybe boleh cuba cara diatas. Tapi, penting untuk acknowledge perasaan marah, frustrated diorang tu dulu, pastu baru buat apa-apa cara yang kedua-dua belah pihak setuju. Ni penting sebab tak semua anak sama peelnya bila marah. Jadi, bincang & pilih apa yang sesuai. Good luck.

Seperti yang diperkatakan oleh Puan Shida, kita sebagai ibu bapa, cuba bertenang terlebih dahulu, dan dengar apa yang diperkatakan oleh anak-anak, dari situ boleh bina cara, atau jalan penyelesaian untuk meredakan kemarahan. Moga-moga sikap panas baran, atau marah-marah dapat dikurangkan.

- Siakap Keli

BACA: Benarkah Kita Menghukum Untuk Mendidik Anak, 7 Perkara Ini Perlu Diambil Kira Terlebih Dahulu Sebelum Menghukum Anak
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "