Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Melecur di Muka Selepas Headphone Tiba-Tiba Meletup Ketika Dengar Lagu Dalam Pesawat

15 Mac 2017

Pihak berkuasa Australia sedang menyiasat satu kes headphone meletup selepas seorang penumpang sebuah pesawat melecur di muka selepas peranti berkuasa bateri itu meletup ketika dalam penerbangan antara Beijing dan Melbourne.

Menurut CNN, wanita tersebut sedang tidur sambil mendengar muzik ketika perjalanan itu sebelum dia mendengar bunyi letupan.

"Ketika saya menoleh, saya merasa muka saya terbakar," katanya kepada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).

"Saya kemudian memegang muka saya kemudian headphone itu jatuh ke leher saya," katanya.

Wanita itu juga berkata dia kemudian mencampak headphone tersebut ke lantai dan mula melihat percikan dan api kecil.

"Ketika saya mahu pergi memijak benda itu, petugas pesawat sudah siap sedia dengan sebaldi air dan mencurahkannya ke headphone itu. Mereka kemudian memasukkan headphone tersebut ke dalam baldi tersebut dan meninggalkannya di hadapan pesawat.


Difahamkan juga, terdapat sisa-sisa yang tidak dapat ditanggalkan kerana sudah melekat di lantai pesawat berkenaan. Disebabkan insiden itu,  ada penumpang di dalam pesawat mengalami batuk-batuk sepanjang perjalanan.

Pengurus komunikasi Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan Awam Australia memberitahu CNN mereka sedang menyiasat insiden terbabit.

Sumber: CNN
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Ini adalah apa yang saya takut apabila memakai handpone mahal
    sexenio

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "