Sekumpulan pegawai polis Chile berkata mereka telah mengalami beberapa siri kejadian paranormal di sebuah rumah di selatan bandar Puerto Montt selepas mereka menerima panggilan kecemasan dari keluarga yang tinggal di rumah terbabit.
"Apabila sampai, kami melihat beberapa tingkap pecah dan tilam berada di luar rumah. Apabila masuk ke dalam, keluarga itu memberitahu bahawa terdapat aktiviti paranormal di rumah berkenaan. Pada mulanya, dakwaan itu kedengaran mengarut. Tetapi ketika saya sedang bercakap dengan pemilik, tiba-tiba kedengaran ada benda jatuh dari loteng," kata Sgt. Boris Olavarria kepada pemberita tempatan.
Tambah pegawai itu lagi, dia juga telah diserang ketika berada di rumah berkenaan.
"Saya panggil hantu itu, beritahunya untuk keluar dari rumah berkenaan dan ketika saya mahu beredar, saya rasa pisau menikam belakang saya. Nasib baik saya memakai baju kalis peluru, saya terselamat dari kecederaan," kata Olavarria lagi.
Keluarga yang tinggal di rumah tersebut memberitahu pegawai polis bahawa ada sesuatu yang mengangkat barangan di rumah mereka dan memulakan 'api kecil-kecilan'.
"Ada satu ketika dimana ada orang terhidu bau asap tetapi tiada sesiapa di dalam rumah berkenaan" kata Olavvaria lagi.
Orang ramai berkumpul di hadapan rumah tersebut. |
Seorang wartawan Alexis Ruiz berkata dia juga 'diserang' pada Isnin lalu ketika sedang menemubual keluarga tersebut di dalam rumah.
"Ketika sedang berbual, satu kantung potato terbakar. Selepas itu, sebuah pasu dilempar ke lantai kemudian saya diserang dengan alatan dapur" kata Ruiz.
(Kelihatan sesuatu dilempar di minit 1:51 video dibawah).
Sumber: Fox News, CNN Chile