Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Ditemui Maut Selepas Koleksi Majalah Dewasa Jatuh Menimpanya

3 Mac 2017

Seorang lelaki yang mempunyai koleksi enam tan majalah dewasa di dalam rumahnya meninggal dunia apabila majalah-majalah tersebut terjatuh ke atasnya.

Namun, mayat lelaki berusia 50 tahun itu hanya ditemui enam kemudian apabila tuan rumah memasuki flatnya selepas mengetahui sudah lama dia tidak membayar sewa.

Kisah tragis yang terjadi kepada lelaki berkenaan diceritakan oleh salah seorang petugas yang bertanggungjawab membuang kesemua majalah-majalah berkenaan.

Menurut petugas berkenaan, syarikatnya diarahkan untuk membuang kesemua majalah itu secara rahsia supaya tidak disedari oleh jiran.

Menurut petugas tersebut lagi, lelaki yang dikenali sebagai Joji itu ditemui tertanam dibawah timbunan majalah terbabit.

Bagaimanapun, tidak pasti sama ada Joji mengalami sakit jantung selepas majalah-majalah itu terjatuh keatasnya ataupun dia maut akibat dirempuh oleh buku-buku tersebut.

Petugas itu juga berkata, timbunan-timbunan majalah itu juga mungkin menyebabkan jeritannya tidak didengari.

Kesemua koleksi majalah dewasa yang dimiliki oleh Joji seberat enam tan metrik (5,443 kg).



Sumber: Mirror
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "