Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Semoga Berjaya Chong Wei' - Chong Wei Akan Bertarung Dengan Pemain Muda Shi Yuqi di Final All-England

12 Mac 2017

Kuala Lumpur, 12 Mac - Jaguh badminton negara, Lee Chong Wei akan berhadapan dengan pemain muda dari China, Shi Yuqi dalam final perseorangan lelaki All-England pada Ahad.

Bagaimanapun, pemain nombor satu dunia itu boleh mengharapkan persaingan sengit dari pemain 21 tahun itu.

Shi Yuqi, pemain nombor 10 dunia, pernah kalah dua kali dengan Chong Wei pada Terbuka Kanada 2015 dan Terbukan Jepun 2016. Bagaimanapun, Shi Yuqi berjaya mengalahkan Lin Dan 24-22, 21-11 semalam.

"Saya jangka akan melawan Lin Dan di final tetapi, saya akan bermain dengan pemain muda ini. Saya tidak akan jadi terlampau risau tetapi akan terus fokus kepada permainan saya," kata Chong Wei.

"Ianya sangat bagus saya masih boleh pergi ke final pada usia ini. Sya berjanji akan berikan persembahan terbaik untuk peminat," tambah Chong Wei lagi.

Malam ini, Malaysia juga akan bertarung untuk gelaran johan beregu campuran menerusi pasangan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

Final akan bermula pada jam 8 malam waktu Malaysia menerusi aturan berikut:

Beregu Campuran - Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (Malaysia) vs Lu Kai-Huang Yaqiong (China).

Perseorangan Lelaki - Lee Chong Wei (Malaysia) vs Shi Yuqi (China).

Beregu Wanita- Chang Ye-na-Lee So-hee (Korea) vs Kamilla Rytter Juhl-Christinna Pedersen (Denmark).

Beregu Lelaki - Li Junhui-Liu Yuchen (China) vs Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo (Indonesia).

Perseorangan Wanita - Tai Tzu-ying (Taiwan) vs Ratchanok Intanon (Thailand).

Bagi yang mahu melihat kembali perlawanan semi-final semalam, boleh ikuti video rakaman di bawah:


Sumber: The Star
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "