Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

“Salam Ibu.. Sihat ke?” Apa Kata Kita Berhenti Menaip Sekejap & Telefon Ibu Ayah Kat Kampung? Ini 5 Contoh Ayat Yang Boleh Buat Mereka Tersenyum

10 Mac 2017


"Adik, dah mandi ke? Adik, dah makan ke belum? Adik, kerja sekolah dah siap ke? Adik, jauh sikit dari TV tu, nanti rosak mata." - itu antara leteran-leteran sayang yang hampir tiap-tiap hari kita dengar ketika masih tinggal bersama ibu dan ayah satu ketika dahulu.

Dari kita kecil hingga besar, mereka tak pernah penat bertanya, berleter, memberi nasihat dan bergurau senda dengan kita.

Namun, disebalik setiap bait-bait yang keluar dari mulut mereka, terpendam satu harapan - harapan agar semua itu menjadi kenangan manis dan memori supaya satu hari nanti kita tidak lupa akan kewujudan mereka sebagai penyeri dalam kehidupan kita.


"Kini kita sudah dewasa, berjiwa merdeka..." - Terbukti benar pengertian dari baris lirik lagu Jasa Bonda ini. Semakin kita dewasa, sudah berkerjaya dan berkeluarga, semakin terasa jarak antara kita dan mereka.

Mungkin ada yang beranggapan 'aku dah beri mereka RM500 sebulan, kira ok la tu'. Ya, memang benar, pengorbanan wang itu sedikit sebanyak menggembirakan mereka. Tetapi bagaimana pula dengan masa?

Memandangkan kita semua mempunyai banyak masa untuk melayari Facebook, membaca komen, dan membalas mesej-mesej kumpulan di WhatsApp, apa kata kita berhenti itu semua buat seketika dan buat panggilan kepada ibu dan ayah untuk menghilangkan rindu mereka buat seketika.

Malah, amalan menelefon ibu ayah sepatutnya dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kalau nak bercakap percuma dengan komitmen bulanan yang murah, gunakan pelan pascabayar redONE yang paling murah - RM8 sebulan.

Selain panggilan percuma antara rangkaian sama, setiap pelan redONE juga menyediakan internet. Seperti contoh, pelan Amazing28 (RM28) memberi 10GB data internet dan pelan Amazing48 (RM48) memberi 20GB data sebulan.

Data-data internet itu boleh digunakan untuk membuat panggilan suara atau panggilan video percuma menggunakan WhatsApp. Kalau anak berada di luar negara, ibu ayah bolehlah menggunakan data-data itu untuk membuat panggilan.

Pelan-pelan Amazing dari redOne.


Untuk maklumat lanjut mengenai pelan-pelan menarik ini, boleh layari http://www.redone.com.my/plans/personal/amazingplans/.

Jika terasa kekurangan modal untuk bercakap, cuba gunakan salah satu dari lima ayat dibawah ini yang boleh buat mereka tersenyum nanti. Yang lain tu boleh simpan di kemudian hari.

1 - Tanya khabar & sampaikan perasaan rindu.
"Hello ibu. Sihat ke. Saje je adik kol ni nak tanya khabar. Lama la tak dengar suara ibu. Rindu..."


via GIPHY

2 - Gamit kenangan & buatkan mereka terharu.
"Ibu, adik teringat la zaman dulu-dulu masa ibu selalu marah adik. Boleh marah lagi sekali?(dengan nada bergurau)".


via GIPHY

3 - Tanya resepi & puji masakan sedap.
"Ibu, macam mana dah ibu masak lauk ayam masak merah dulu. Tiba-tiba mulut berair. Cari-cari dekat bandar ni tak jumpa lagi yang sama dengan masakan ibu"



4 - Tanya keadaan kewangan & tawar bantuan.
"Salam ibu. Duit nak beli makanan ada tak? Adik ada duit lebih bulan ni nak bagi ibu. Boleh ibu pergi makan Seoul Garden"

5 - Ucap terima kasih.
"Ibu, adik nak ucap terima kasih sebab paksa adik duduk jauh-jauh masa tengok TV dulu. Kalau tak, entah berapa tebal spec adik sekarang ni"


via GIPHY

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan redONE, klik pautan ini http://www.redone.com.my/plans/personal/amazingplans/.

Artikel ini dibawakan oleh: redONE
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "