Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Petua Mudah Bagaimana Untuk Buatkan Chickenpox Yang Menjangkiti Anak Kita Cepat Kering

10 Mac 2017
No Comment

Sudah pasti ramai antara kita pernah terkena Chickenpox atau demam campak sekali dalam seumur hidup? kebanyakan yang terkena demam campak ini kebanyakkan adalah kanak-kanak.

Campak ini merupakan penyakit akut yang mudah merebak dan berjangkit kepada orang lain yang berada di sekelilingnya, oleh sebab itu mana-mana kanak-kanak yang terkena campak dinasihatkan tidak ke sekolah sehingga betul-betul sembuh.

Jom ketahui bagaimana cara dan petua jaga anak demam chickenpox yang dikongsikan oleh Puan Ekin Aris ini yang digunakan kepada anaknya dan berkesan.

Alhamdulillah seronok pula rasanye bila chickenpox anak dah baik, boleh jalan sana sini macam biasa. Kalau ikutkan tak ada la beza sangat bila dia kena chicken pox aritu cuma rasa sayu je tengok biji-biji tu banyak pastu kena quarantine. Syukur juga sepanjang anak kena chickenpox, dia tak meragam langsung. Main-main gelak-gelak macam tak ada apa berlaku.

Petua Nak Hilangkan

1. Lepas je tahu dia kena chickenpox, terus bagi air kelapa untuk keluarkan cepat saki baki dalam badan, bagi semua keluar cepat. 1st day biasa memang sikit je, 2nd day baru keluar semua.

2. Beli daun semambu (biasanya ade jual kat kedai india, Rm3 tu pon dah banyak). Basuh dan tumbuk dengan kunyit, tampalkan di kawasan chickenpox tu dalam setengah jam. 1st time buat anak nangis sebab dia takut ada benda hijau melekat di badan, mungkin dia rasa macam hulk. Esok-esoknya elok je ta takut dah.

3. Lepas 30 minit tu mandikan dia dan sapu calamine lotion.

4. Masa nak tidur tu ambil lah segenggam daun semambu basuh dan bubuh dalam kain batik jadi lapik tidur. Sepanjang anak chickenpox aritu tidur nyenyak betul. Kalau letak bom kat sebelah pun tak bangun.

5. Bab makan memang jaga la, yang gatal-gatal tu memang elakkan terus.

6. Lepas itu jangan lupa mandi, sebab dia kena sentiasa bersih. Saya tak pakaikan sabun, just sapu-sapu air je pastu lap-lap keringkan.

Itu saja petuanya. Seminggu dah kering pastu dah hantar pergi rumah pengasuh.

Ada juga pergi klinik, doktor bagi ubat demam, ubat gatal dan calamine lotion. Alhamdulillah. Kat bawah ni Mami share gambar, mane tahu kalau ada anak ke saudara mara ke kena chickenpox. So boleh lah anda guna petua ni.

Langkah-langkahnya.


1. Lepas je tahu anak kena chickenpox, terus bagi air kelapa untuk keluarkan cepat saki baki dalam badan, bagi semua keluar cepat. 1st day biasa memang sikit, 2nd day baru kuar semua. Gambar ni ambil bila dah kuar semua chickenpox.


2. Tumbuk daun semambu ngan kunyit pastu tenyeh ke di bahagian chickenpox. Tunggu 30 minit pastu baru bersihkan.


3. Lepas mandi sapu calamine lotion, yang ni rasanye cool. Kalau pergi klinik mesti doktor bagi ni. Kalau nak beli kat farmasi pun ada jual.


4. Haaa ini lah daun semambu. RM3 dapat banyak. Cukup lah untuk 4 hari. Pastikan cuci dulu, kang ada ulat bulu, tak pasal-pasal lain pula jadi ceritanya.


5.  Jeng jeng jeng ni la si budak bulat tu, dah hari y ke-7 time ni, dah banyak yang tanggal. Di badan pun dah clear.


6. Ni ari yg ke-8, time ni dah antr umh pngasuh dah sbb dah elok. Ade sikit je y belom tanggal tp dah kering. Firas budak baik, dia mmg biarkan je bende tu tanggal sendiri, dia xkacau. Mami y rase geram, rase mcm nk tolong clearkan trus. Hahaha arini punye gmbr xde. Arini dah clear kat muka, tinggal kat tangan je skit blom tanggal.



7. Mami bubuh daun semambu dalam kain batik ni buat lapik firas tdo.so dia bley tdo nyenyak x rase bisa n gatal2.

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "