Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Aksi Mencuit Hati Lin Dan Lempar Raket Sehingga Terkena Juru Kamera Selepas Diperdaya Zulfadli

10 Mac 2017
No Comment

Pemain badminton perseorangan Zulfadli Zulkifli akur dengan kehebatan juara dunia lima kali, Lin Dan dari China ketika pusingan pertama Seluruh England di Arena Barclaycard, Birmingham semalam.

Bekas juara remaja dunia 2011 itu ditunjukkan jalan keluar apabila tewas kepada Lin Dan 11-21, 12-21 dalam aksi pusingan pertama.

Namun, walaupun terkandas pada pusingan pertama, aksi Zulfadli 'memperdaya' Lin Dan telah menjadi bualan ramai di mana kerana tindakan itu menyebabkan Lin Dan terpaksa melempar raketnya.

Walaupun ketinggalan 9-18 Zulfadli masih mampu mengayamkan Lin Dan sehingga terbaring serta memaksa Lin Dan membaling raket untuk cuba menyelamatkan bulu tangkis di Kejohanan All England.

Raket itu terkena jurukamera di tepi gelanggang. Mungkin skill terbaru Lin Dan, jom saksikan.


- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "