Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Cuba 'Tegakkan' Menara Condong Teluk Intan Ditahan, Pecahkan Dan Buang Serpihan Siling Kayu Kebawah

2 Mac 2017
No Comment

TELUK INTAN - Seorang lelaki dipercayai kurang siuman telah menimbulkan kekacauan apabila dia dikatakan telah memecahkan siling kayu dan kemudiannya membuangnya dari atas Menara Condong Teluk Intan sebelum ditahan polis semalam, lapor Bernama.

Kejadian disedari oleh orang awam yang berada di tempat kejadian di mana mereka mendakwa lelaki berkenaan bertindak demikian kerana mahu 'menegakkan' menara condong itu.

Menurut pekerjan menara berkenaan, Isham Ishak, 38, berkata, ketika kejadian beliau telah terdengar bunyi bising dari bahagian atas menara kira-kira pukul 4 petang sebelum meninjau keadaan.

"Saya lihat ada seorang lelaki sedang memecahkan siling menara dan membaling serpihannya ke bawah.

"Bila saya cuba tanya kenapa dan pujuk lelaki itu, dia ajak saya berlawan sambil memaki hamun," katanya.

Melihat tingkah laku lelaki berkenaan semakin agresif, dia bersama beberapa pekerja yang lain bertindak menangkapnya sebelum menyerahkan lelaki tersebut kepada pihak polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan perkara tersebut sedang disiasat. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "