Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

7 Tahun Pakai ‘Contact Lens’, Gadis Ini Kongsi Tips Penggunaan & Penjagaan Kanta Lekap Dengan Betul

2 Mac 2017
No Comment

Buat mereka yang menggunakan ‘contact lens’ sudah pasti anda risau dan khuatir akan banyaknya kes yang mana mata terluka akibat daripada pemakaian ‘contact lens’.

Namun begitu, anda seharusnya tahu, bagaimana cara yang sebetulnya untuk memakai, juga menjaga ‘contact lens’ supaya tidak memudaratkan, dan mencederakan mata.

Menurut perkongsian dari saudari Nurul Syafika II ini, terdapat beberapa tips yang dikongsikannya dalam pemakaian, dan penjagaan ‘contact lens’ dengan betul, yang mana telah diamalkannnya selama 7 tahun penggunaan ‘contact lens’ ini.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


KHAS BUAT PEMAKAI TEGAR CONTACT LENS

Saya dah 7 tahun pakai contact lens. Ada ke yang pakai lebih lama dari saya? Meh kita borak pasal contact lens. Sini ada sedikit tips penjagaan contact lens yang mungkin sedikit bermanfaat buat pemakai-pemakai contact lens diluar sana.

First saya nak bagitahu yang saya pakai CL bukan saja-saja pakai, tapi sebab saya RABUN ! Maklumlah pakai spec ni agak leceh, terutamanya bagi 'hijabster'. Kalian yang tak rabun sepatutnya bersyukur masih boleh melihat dengan terang lagi nyata. So tak perlulah pakai sekadar saja-saja/suka-suka.

Ok kalau nak pakai sangat sini saya ada sedikit tips yang berdasarkan pengalaman saya buat kalian :

1. Sebelum pakai CL, tangan kena cuci betul-betul, seeloknya guna air sabun & bilas cuci. Kalau rasa pedih-pedih cuci balik CL. Mungkin masih ada bulu-bulu degil yang melekat di tangan.

2. Lepas letak CL dalam mata, titis air Renu khas untuk mata bercontact lens. Botol dia sama dengan botol eye glo/eye more. 

3. Biasa kita dengar pakai CL maximum 8 jam. So lepas balik dari kenduri cepat-cepat buang, cuci & rendam dalam bekas CL balik.

4. Air Renu/apa-apa brand untuk rendam CL wajib ada. Jangan sesekali guna air paip. Ingat tu ! Air paip takkan sama dengan air CL.

5. CL hendaklah sentiasa dicuci. Nak cuci CL ada caranya, bilas dengan air CL paling kurang 3x.
(buka video supaya lebih faham) 

6. Bila CL dah ditanggalkn, jangan biar mata macam tu je, Titiskan dulu dengan Eye Glo. Supaya mata tak merah & kering. (Saya pakai botol kaler purple)

Kalau mata rasa pedih-pedih smpai berair tu tandanya sebelum tu awak dah bedal sambal belacan. Memang susah hilang kat tangan walaupun dah basuh dengan sabun. Semoga bermanfaat


Walau apa pun pastikan anda memakai dengan sebetulnya. Jika tidak selesa, pastikan hentikan penggunaan ‘contact lens’ buat sementara waktu, jangan memakai melebihi had yang telah ditetapkan. Mata adalah anugerah yang penting, jaga dengan baik – Siakap Keli




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "