Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kereta RM5.4 Juta Kepunyaan Trump Dilengkapi Pintu Setebal 8 Inci, Tahan Dari Serangan Bom & Punyai Sistem Oksigen & Bantuan Transfusi Darah

2 Mac 2017


Kereta baharu milik presiden Amerika, Donald Trump kini sedang melalui ujian terakhir sebelum ia dihantar ke White House untuk kegunaan Trump.

Menurut The Sun, kereta yang dipanggil oleh Trump sebagai Cadillac One and 'The Beast' itu bernilai $1.2 juta (RM5.4 juta) dan dilihat mempunyai sistem pertahanan yang utuh biarpun dilihat sedikit paranoid.

Kata laporan lagi, The Beast dilengkapi dengan pintu besi setebal lapan inci dan berat keseluruhannya adalah lapan tan.

Malah, kereta itu juga dicipta untuk menahan serangan biologi dan kimia.

Menurut laporan juga, kereta terbabit boleh bertahan dari bom jalanan dan tangki minyaknya pula kalis letupan.

Hanya cermin sisi di bahagian pemandu sahaja dibolehkan untuk dibuka dan di dalam bonet pula terdapat bekas yang mengandungi darah sekiranya memerlukan transfusi kecemasan untuk presiden.

Antara ciri-ciri lain kereta itu termasuklah mempunyai senapang patah, tayar Kevlar - yang akan tetap bergerak biarpun bocor - dan sistem oksigen yang akan digunakan sekiranya terdapat serangan kimia.

Selain itu, beberapa senjata lain turut disembunyikan di gril hadapan kereta berkenaan yang boleh digunakan untuk menyerang balas penyerang.

Beberapa laporan menyatakan kereta itu dipercayai dibina oleh General Motors.

The Beast; gelaran untuk kereta rasmi yang membawa presiden Amerika; pernah rosak pada 2013 apabila seorang pemandu tersilap memasukkan jenis minyak ketika dalam perjalanan ke Israel.

Kesilapan itu menyebabkan pasukan Secret Service mati kutu untuk mencari kenderaan ganti yang boleh membawa Obama ke Tel Aviv.

Bagaimanapun, mereka bernasib baik kerana Obama tidak berada di atas kenderaan terbabit ketika kerosakan itu berlaku.

Sumber: The Sun




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "