Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anak Kucing Menderita Selepas Mata, Telinga dan Hidung Dijahit Oleh Samseng Jalanan, Namun Berjaya Diselamatkan Oleh Pencinta Kucing

2 Mac 2017


Biarpun masih kecil dan tidak mengerti apa-apa, anak kucing berusia sebulan ini dijahit mata, telinga dan hidung oleh samseng jalanan dalam kejadian di Filipina.

Anak kucing yang dinamakan July itu ditemui oleh seorang pencinta kucing dalam keadaan buntu di satu lorong di Manilla pada 14 Februari.

Menurut Leonora Calamba, 41, kucing tersebut ditemui dengan keadaan mata, telinga dan hidung berjahit, dan ia berada dalam keadaan sukar untuk bergerak, sukar untuk makan dan hilang keseimbangan badan.

July dipercayai terseksa sedemikian rupa hampir seminggu.

Bagaimanapun, July kini sudah sembuh apabila Leonora mengambilnya pulang ke rumah dan memberi rawatan kepadanya dengan segera.

Menurusi video yang dimuat naik, July dilihat menjerit kesakitan ktika Leonora dan keluarga cuba membuang jahitan satu persatu.


Keadaan July ketika ditemui.

Leonora berkata: "Kasihan kucing ini. Sangat sukar untuk keluarkan semua jahitan. Dia menjerit kerana ia sangat menyakitkan.

"Tapi hanya cara ini yang boleh menyelamatkannya. Siapa yang menganiaya anak kucing ini sangat jahat, mereka perlu di hukum sebelum mengulanginya semula".

Anak saudara Leonora, Jonil berkata dia percaya orang yang melakukan penyiksaan ini adalah orang yang gila dan July sudah berada dalam keadaan sedemikian selama seminggu.

"Apabila makcik saya ternampak July, dia terus mengambil dan menjaganya. Ianya sangat tragik. Kami menemui anak kucin gitu dengan jahitan benang di mata, hidung dan telinganya.

"Kami boleh menganggap orang yang sanggup melakukan perkara ini adalah orang gila. Siapa lagi yang sanggup melakukan kekejaman sedemikian rupa kepada kucing yang langsung tidak boleh mempertahankan diri ini?

"Kucing itu baru berusia dua minggu. Nasib baik kami terserempak dengannya di waktu yang tepat, atau tidak, ia tentu sudah mati" kata Jonil.

July kini sudah pulih tetapi kesan kekejaman itu masih boleh dilihat di telinganya.

July

July mesra bersama kucing jalanan lain yang dibela oleh Leonora
Sumber: kami.com.ph
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "