Dalam merancang untuk membawa produk atau perniagaan ke pasaran antarabangsa, saudara Ikram Al-Banjari telah kongsikan beberapa tip yang perlu dilakukan oleh para peniaga supaya ianya boleh dieksport de luar negara.
Mari kita ikuti perkongsian darinya untuk tip akan perkara ini.
Dan produk yang paling mudah dibawa keluar dan mendapat tempat dalam pasaran luar ialah yang berada dalam kategori makanan, minuman. Ini termasuklah produk kesihatan dan kecantikan.
1. Pastikan packaging produk itu ada imej ' international look'.
2. Pastikan butiran pada label dan packaging dibuat dalam bahasa Inggeris atau bahasa negara yang mahu dipasarkan itu.
3. Pastikan juga produk kita mempunyai jangka hayat bagus. Buat sedikit kajian untuk perkara ini.
4. Pastikan produk kita dikilangkan di kilang yang bertaraf GMP dan melepasi piawai HaCCP.
5. Kilang yang mempunyai pensijilan Halal adalah satu Bonus. Halal Jakim Malaysia adalah antara yang paling diminati oleh negara luar.
6. Pastikan kilang kita mampu mengeluarkan kapasiti eksport yang sesuai dengan permintaan.
7. Sekiranya produk kita dalam kategori Home Made, cuba cari mana-mana kilang yang boleh membantu mengeluarkan produk kita secara OEM.
8. Pastikan kita rajin membuat validasi pasaran dengan pengiklanan media sosial. Sasarkan khusus kepada negara yang kita mahu eksport bagi melihat feedback.
Tag rakan kongsi anda dan share info ini. Semoga bermanfaat.
Ikram Al-Banjari
Saudagar Jalanan.
- Siakap Keli
BACA: Pesan Abang Terlajak Laris Buat Mereka Yang Serius Untuk Berjaya Dalam Perniagaan