Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kadang-Kadang Kita Sebenarnya Tiada Masalah Kewangan, Yang Kita Ada Adalah Masalah Emosi, Hanya Kerana Ingin Memenuhi Persepsi Masyarakat

12 Mac 2017
No Comment

Untuk memuaskan kehendak orang sememangnya bukanlah satu tugas yang mudah, lebih-lebih lagi untuk menutup mulut mereka dari berkata-kata. Buat salah, tak buat pun salah, beli salah, tak beli juga salah, akhirnya ia sekadar ingin memenuhi ‘kehendak’ masyarakat lebih daripada keperluan diri.

Begitulah yang dihadapi oleh masyarakat kita pada masa kini, terutamanya pada generasi muda yang baru berkecimpung dengan dunia luar, dan alam pekerjaan. Yang mana, hendak menjaga emosi semua, tetapi kelak memakan diri.

Tidak salah untuk rasanya kalau bersederhana sahaja, kerana menurut perkongsian dari saudara Zulkhairi Bin Zulkifli ini, ia sedikit sebanyak boleh membuka mata kita dalam membuat pilihan untuk berkereta, lebih-lebih lagi buat anak muda. Mari kita ikuti perkongsian darinya.


MASALAH EMOSI BAKAL GRADUAN: PEERS PRESSURE

Baru-baru ni saya berkesempatan berkongsi ide & persepsi yang patut bakal graduan bina sebelum mula bekerja.

1 bab ialah tentang pemilikan kereta. Saya katakan jangan limitasikan pemahaman pengangkutan = kereta. Pengangkutan adalah 1 medium yang bawa anda dari poin A ke poin B.

Ianya bukan 1 rukun untuk anda selepas mula kerja, wajib beli kereta. Gunalah pengangkutan yang boleh dengan kemampuan dahulu.

"Ko biar benar mat, kerja engineer, duduk kolumpo, takkan pakai kancil cabuk saja" .. tipikal persepsi negatif masyarakat kita yang ukur kejayaan & kekayaan melalui besi beroda yang bakal buruk dan susut nilai dari semasa ke semasa.

Maka kitapun, atas desakan kawan-kawan, keluarga mahupun jiran-jiran sekampung yang hanya berjumpa setahun sekali selama 5-10 minit, berhutang lah sehingga 7-9 tahun semata-mata hendak memenuhi persepsi mereka. Yang menanggung hutang tiap2 bulan selama 7-9 tahun ialah kita, yang sampai ikat perut pun kita. Ada kawan-kawan, jiran sekampung tu hulur duit bila kita sesak di tengah bulan?

Maka saya berikan ide pada mereka. Kereta yang anda mampu beli tunai tu lah sebenarnya tahap kemampuan anda (dah nk sangat limitasikan pengangkutan = kereta). Sebab apa berhutang? Sebab tak mampu kan.

1 lagi ide saya berikan, beli kereta secara tunai wa imma kancil buruk pun. Sewa kereta mewah dan bawa pulang ke kampung kalau dah tak tahan sangat dengar jiran sekampung perli. Tiap-tiap tahun, tukar kereta sewa lain. "Berjaya sungguh mat ni, tiap2 tahun tukar kereta". Bukan siapa yang tahu anda bawa kereta apa di KL..hu3

Poin di sini ialah kadang-kadang kita sebenarnya tiada masalah kewangan, yang kita ada masalah emosi. Kita banyak buat silap disebabkan faktor emosi berbanding rasional, terutama sekali bila kita kurang ilmu khususnya bab kewangan. Sebab kita hanya ikut tipikal kehidupan biasa-biasa orang lain.

BACA: Tips Bagi Graduan Yang Baru Mula Bekerja Untuk Berbelanja Mengikut Kemampuan

Living the Malaysian dreams orang kata. Baru 1-2 tahun kerja, nak beli rumah besar atas tanah. Siap perli lagi kawan-kawan yang duduk 'rumah merpati'. Beli besi beroda yang bakal buruk lebih dari kemampuan sebab nak bergerak dari poin A ke poin B. Alasan famous - nak bagi keselesaan pada anak. Walhal budak tu umur 1-5 tahun bukan dia tau kereta tu besar ke tak. Alahai..emosi.

Bila sesak, sanggup ikat perut diri & keluarga makan ala kadar. Bawa pulang pendapatan, tiap-tiap bulan kira nak bayar pada tuan (bank) dahulu. Bayar duit rumah bulan-bulan, tapi duduk hanya 2-3 jam sebelum tidur. Lepas tu ulang balik semula rutin. Bayar duit kereta bulan-bulan, 8 jam tersadai di tempat parking. Bangla juga dapat selfie dengan kereta kita..haha.

Kalau anda marah dengan status ni, baguslah. Ya Allah, hari ini aku dah sampaikan pesan pada mereka supaya buka mata dan akuilah kesilapan sendiri.

Esok-esok bila saya dah tiada, renung-renungkanlah nasihat ini. Peace y'all.

Bukan bermaksud untuk menayalahkan mana-mana pihak, tapi kita sebagai empunya badan tahu mana lebih baik, juga lebih bijak untuk mengurus kewangan diri, tidak salah untuk berbelanja, namun perlu bersesuaian dengan kemampuan. – Siakap Keli

BACA: Korbankan Kehendak Berkereta, Anda Mampu Mempunyai Simpanan Mencecah RM55K Dalam 3 Tahun
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "