Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ingin Mengerjakan Umrah/Haji Tetapi Nama Diisytihar Muflis, Bolehkah Meninggalkan Negara, Peguam Ini Kongsi Beberapa Pengecualian Yang Diberikan

9 Mac 2017
No Comment

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu diisytihar muflis, atau bankrap, dan ada di antara penyebab tersebut mungkin diambil remeh oleh sesetengah masyarakat. Antara faktornya adalah, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, hutang kad kredit, sewa beli kenderaan, dan juga lain-lain.

Apabila nama sudah berada dalam senarai bankrap, sudah pasti ia akan merungsingkan kepala, ini kerana, anda sudah tidak lagi dibenarkan untuk keluar dari negara, dan membuat apa-apa pinjaman.

Tapi, bagaimana pula, jika kite perlu ke luar negara, atas sebab untuk mengerjakan haji, atau umrah, adakah kita sama sekali tidak dibenarkan ke luar negara?

Menurut perkongsian dari seorang peguam, iaitu saudari Nor Zabetha, terdapat beberapa pengecualian yang membolehkan individu bankrap untuk ke luar negara. Apakah yang membolehkan seseorang itu diberi pengecualian, mari kita ikuti perkongsian darinya.


Bankrap tak boleh keluar negara?

Niat dihati hendak pergi umrah tetapi malangnya dah dibankrapkan pula. Bagaimana? Tak kan tak boleh ke tanah suci? Kecewa kita. Boleh sebenarnya.

Secara asasnya memang si bankrap dihalang keluar negara tetapi ada beberapa pengecualian. Antaranya:-

1) Umrah/haji
2) Urusan kerja
3) Perubatan
4) Perundangan sekiranya menjadi saksi diluar negara atau pihak kepada kes tersebut

Caranya adalah anda perlu ke Jabatan Insolvensi dimana kes anda didaftarkan bagi mendapatkan izin tetapi kena bayar sedikit duit jaminan untuk keluar negara.

Duit ini tidak akan dipulangkan tetapi akan dimasukkan ke dalam nilai hutang yang patut dibayar balik kepada peminjam. Kebiasaannya berjumlah RM1,000.00 (bergantung pada insolvensi).

Isi borang yang diberikan oleh pihak insolvensi dan patuhi segala prosedur bagi tujuan pelepasan ini. Bukti sangat penting. Contohnya, anda mewakili syarikat ke luar negara untuk conference, perlu bawa surat dari syarikat dan surat jemputan dari negara lain. Jabatan insolvensi akan mempertimbangkannya dan memberi keizinan berdasarkan dokumen-dokumen yang relevan.

Bagi kes umrah pula keizinan hanya dibenarkan sekali sahaja. Rasional sekatan keluar negara ini, kerana bimbang si bankrap lari atau paling utama anda masih berhutang pada peminjam dan sepatutnya pembayaran hutang harus diutamakan berbanding berbelanja ke luar negara.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "