Tapi, kalaulah boleh tanam sendiri dekat rumah, bukan ke lagi mudah, nak makan, petik sahaja, mana tahu boleh jadi.
Dan ya, sememangnya anda boleh menanam sendiri strawberi, dan benihnya, anda juga boleh hasilkan sendiri, ingin tahu bagaimana, saudara Asri Meris ada kongsikan caranya.
Tanam Strawberi Sendiri Di Rumah
Cara paling mudah untuk buat benih strawberi. Boleh cuba sendiri di rumah. Sangat mudah. Cuma pastikan benih 'local' supaya senang tumbuh..
Kupas kulit strawberi, dan letakkan atas kertas tisu
Keringkan selama beberapa hari.
Jika sudah betul-betul kering, benihnya akan tercabut sendiri.
Benih yang telah dikumpulkan, setelah beberapa hari dikeringkan
Selepas beberapa minggu (yang ini 3 minggu) anda akan nampak ia sudah mula untuk bercambah.
Inilah hasilnya, banyak juga buah yang ada.
Sekiranya anda pergi ke Cameron Highland, atau Tuaran, mahu pun tempat yang ada jual buah strawberi (tempatan), boleh beli, dan cuba cara ini di rumah. Yang penting ikuti langkah, dan pantang larang yang telah dikongsikan ini. Selamat mencuba. - Siakap Keli