Kalau dulu-dulu ramai orang kata main game adalah aktiviti yang membuang masa, kini mereka mungkin sudah perlu mengubah persepsi tersebut.
Terbaru, Celcom sedang menganjurkan ‘mobile game tournament’ untuk pelanggan-pelanggannya dan menangi wang tunai sehingga RM1,000,000.
Memetik laman rasmi kejohanan tersebut, www.gamehero.my, pemenang tempat pertama akan membawa pulang RM250,000, tempat kedua RM150,000 dan tempat ketiga RM100,000.
![]() |
Keratan gambar dari Gamehero.my |
Selain hadiah-hadiah yang disebut diatas, kejohanan ini juga turut menyediakan peluang memenangi topup percuma menerusi War Chests yang boleh dibuka setiap hari. Yup, bunyinya memang menarik.
![]() |
Keratan gambar dari Gamehero.my |
Mungkin anda tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan untuk memenangi hadiah-hadiah ini. Caranya adalah dengan mendaftar di portal Gamehero.my serta muat turun permainan SKY INVASION 3D (yang boleh didapati di Play Store & App Store) dan mula bermain untuk menjadi pemain dengan markah tertinggi.
Sebagai promosi pengenalan, Celcom menawarkan pendaftaran percuma kepada mereka yang membuat pendaftaran awal. Promosi itu sah sehingga 6 April 2016.
Boleh baca terma dan syarat di http://www.gamehero.my/terms-and-conditions sebelum menyertai. Untuk info dan pendaftaran, boleh layari www.gamehero.my .