Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Jika Niat Mereka Baik, Saya Tak Kisah Bertemu Mereka" - Dr. Zakir Naik Sedia Bertemu Siti Kassim

5 Mac 2017


Kuala Lumpur, 5 Mac - Penceramah terkenal dari India, Dr. Zakir Naik bersedia untuk bertemu dengan Siti Kassim, kata Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya.

Menurut Fathul Bari, beliau telah menanyakan Zakir Naik mengenai perkara tersebut dan beliau bersetuju jika perkara itu membuahkan hasil yang baik.

"If you think it will be fruitful and their niyyah is good, I would not mind meeting them" (Jika kamu fikir ia membuahkan hasil baik dan niat mereka bagus, saya tidak kisah bertemu dengan mereka)." tulis Zakir Naik dalam mesej balas kepada Fathul Bari.

Sementara itu, Fathul Bari berkata kepada Sinar Online bahawa tiada jawapan balas dari Siti Kassim berhubung kesediaan cadangan pertemuan itu.

"Namun pihak berkenaan tidak beri apa-apa maklum balas berhubung hal tersebut. Saya pula tidak menghubungi peguam tersebut (Siti) secara langsung," katanya.

Fathul Bari berkata, Dr Zakir kini berada di Malaysia dan jika ada persetujuan semua pihak, pertemuan ini boleh diadakan bila-bila masa.

"Sekiranya pihak terbabit bersetuju, boleh sahaja buat secara tertutup, yang penting dapat luahkan apa yang dia (Siti) nak cakap. Perkara ini penting kerana dia (Siti) telah bercakap kepada umum dengan dakwaan tertentu sehingga menimbulkan pelbagai keraguan kepada masyarakat," katanya.


Sumber: Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "