Tapi, dalam membuat semua perkara di atas, harapnya kita sebagai suami tidaklah mengabaikan kesihatan isteri, dan biarkan mereka menanggung kesakitan seorang diri, mungkin tidak pernah bertanyakan akan kesihatan mereka, lihat dari mata kasar mereka sihat, kita biarkan sahaja.
Suami seharusnya memastikan kesihatan isteri terjaga, sama seperti isteri menjaga kesihatan suami. Berdasarkan perkongsian dari saudara Muhammad Ahmad ini, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan, dalam memastikan pasangan anda kekal sihat, serta boleh menjalani kehidupan yang sihat bersama-sama.
Dalam rumah tangga selain berkasih sayang, mencintai antara satu sama lain. Ambil peduli juga tentang kesihatan. Sayang dan cintai pasangan bermula dari dapur juga. Apa yang kita hidangkan itulah yang kita dan ahli keluarga akan dapat. Ada saya tengok upload hari-hari selama seminggu makan soosej, ais krim, burger, air gas, air manis. Mengidam katanya. Tak betul tu. Bayi dalam perut tidak perlukan semua itu, kecuali semuanya homemade.
Kita sayang pasangan bagaimana UNTUK SELAMATKAN MEREKA DARI PELBAGAI PENYAKIT, bukan dari neraka semata. Talim baca, Quran baca, tahajjud setiap malam, picit kaki pasangan, tapi bab kesihatan dah lupa, semua benda nak bawa masuk dalam perut. Pergi seminar kasih sayang pun dihidangkan makanan tidak sihat, jauh menyimpang maksud KASIH SAYANG.
Sayang pasangan:
1) bawa isteri buat pemeriksaan kesihatan (Labur duit sikit jumpa pakar sakit puan)
-Suami buat ecg, pemeriksaan darah.
2) Ajak pasangan bersenam setiap hari
1 Hari 10 minit dah cukup, lama-lama boleh tingkatkan kepada berjalan 10ribu langkah tanpa henti.
3) Jadualkan waktu makan yang betul
3) Jadualkan waktu makan yang betul
Berusaha masak di rumah, bawa bekal ke pejabat, sekolah atau travel. Kurangkan makan diluar, dapat elak lagi bagus, lagi jimat duit.
4) Makanan sihat
4) Makanan sihat
Pastikan makanan di dapur adalah makanan yang sihat, segar. Bukan lambakkan makanan tidak sihat dalam peti sejuk.
Ajak pasangan kepada kurangkan makanan tinggi gula, garam dan tinggalkan makanan tiruan, air tiruan.
5) Kurangkan atau hentikan merokok
5) Kurangkan atau hentikan merokok
"Abang sayang PAH tak?"
Sayang lah, abang sanggup mati untuk PAH tau.
"Kalau macam tu boleh tak abang kurangkan isap rokok. PAH taknak abang mati awal, hutang banyak lagi belum selesai ni bang"
6) Produk kesihatan
Sayang lah, abang sanggup mati untuk PAH tau.
"Kalau macam tu boleh tak abang kurangkan isap rokok. PAH taknak abang mati awal, hutang banyak lagi belum selesai ni bang"
6) Produk kesihatan
Elakkan dari mengambil produk-produk kesihatan yang tidak berdaftar. Amalkan produk kesihatan mengikut panduan yang betul. Bukan balun pelbagai produk. Saya lebih gemar amal produk alami.
7) Bukan sedap tetapi tidak sihat
7) Bukan sedap tetapi tidak sihat
Kurangkan fikir soal makan, makan apa yang ada dan berkhasiat. Hidangkan kepada ahli keluarga makanan yang sihat dan sedap. Bukan sedap tetapi tidak sihat.
Ini tips paling RINGAN. Moga saya istiqomah.
-EncikMatt-
- Siakap Keli
Ini tips paling RINGAN. Moga saya istiqomah.
-EncikMatt-
- Siakap Keli