Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Berapa Terukkah Air Kencing Mencemari Sesebuah Kolam Renang Awam?

6 Mac 2017
No Comment

CALGARY,ALBERTA: Beberapa pasukan penyelidik di Kanada telah menjalankan beberapa siri ujian bagi mengkaji tahap pencemaran urin atau air kencing manusia di dalam air kolam renang, lapor Reuters.

Lebih 250 sampel yang melibatkan 31 buah kolam renang dan tab air panas telah di ambil di dua buah bandar di Kanada, ternyata hasil kajian yang dijalankan itu agak mengejutkan.

Keputusan kajian yang di lakukan oleh penyelidik daripada Univerisiti Alberta itu mendapati, kolam renang yang dipenuhi 830,000 liter air dengan kira-kira 1/ 3 keluasan kolam renang Olimpik, dicemari 75 liter urin manakala kolam yang lebih kecil pula mencatatkan 30 liter bacaan urin.

Berdasarkan kajidan yang dilakukan itu, para penyelidik mengukur tahap pemanis tiruan, asesulfam-K (ACE), yang melepasi sistem tubuh badan secara menyeluruh yang dikenal pasti sebagai ‘penanda aras tahap urin yang ideal’.

Biarpun urin secara saintifiknya tidak memudaratkan (steril), bagaimanapun, keberangkalian ia bercampur dengan bahan-bahan kimia di dalam kolam telah mencetuskan kebimbangan terhadap kesan kesihatan yang akan dialami pengguna fasiliti awam tersebut. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "