Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Aksi Abang Polis Trafik Alih Dahan Pokok Jatuh Dengan Tangan Kosong Dipuji Orang Ramai

16 Mac 2017


Satu video yang merakamkan aksi seorang anggota polis trafik mengangkat dahan pokok yang menghalang lalu lintas menjadi viral di media sosial apabila dimuat naik beberapa hari lepas.

Apa yang mengharukan, pegawai trafik itu membuat kebaikan tersebut tanpa sebarang bantuan.

Video kejadian yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Ling Sia King pada Ahad menunjukkan pegawai terbabit mengalihkan dahan itu ke bahu jalan.

Selepas video itu viral, ramai netizen memuji tindakan polis tersebut.

"Masya Allah...mulia sungguh niat & usaha abg POLIS TRAFIK kita nie tlg alihkan dahan pokok tumbang. Moga Allah permudahkan segala urusannya serta dimurahkan rezeki pd beliau sekeluarga...Aaminn" tulis Azrie Vsixers.

Zulkefli Mohammad pula berkata "Tu dia..ramai angota PDRM yg berhati mulia macam abang ni..dan ada segelintir saja yg bermasaalah..walaubagaimana pun..Tahniah kepada yg buat kerja mulia ni..kepada pegawai..saya cadangkan anggota yang macam ni perlu di naikkan pangkat ..dan tak akan ada salahguna kuasa jika di beri amanah."

Video itu dikongsi lebih 4,000 kali dan menerima lebih 400 komen yang kebanyakannya memuji tindakan murni tersebut.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi kejadian.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "